Jenis-Jenis Mouse

Mouse atau dalam Bahasa Melayu di panggil tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan sebagainya tetap memerlukan mouse.Mouse boleh diibaratkan sebagai tangan manusia.Tanpa mouse kita tidak dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh dilakukan menggunakan keyboard.

Mouse berfungsi sebagai pengerak cursor pada skrin monitor.Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan mouse ke komputer iaitu :

  1. Standard Serial Mouse.
  2. PS2
  3. USB
  4. Wireless

Antara ciri-ciri fizikal pada mouse pada masa sekarang : tetikus bebola dengan wayar , tetikus bebola tanpa wayar , tetikus optik/laser dengan wayar , tetikus optik/laser tanpa wayar.Kebiasanya pada mouse terdapat 2 hingga 3 butang yang mana mempunyai fungsi yang tertentu.Secara default , butang sebelah kiri untuk membuka atau memulakan sesuatu program atau data.Butang yang kanan pula untuk melihat properties file atau program tersebut.Namun begitu setting tersebut boleh diubah mengikut kesesuain pengguna dengan klik pada “Start - Setting - Control Panel - Mouse”.

Popularity: 21% [?]

Advertise Here

Tip-Tip Menghalang Komputer Diserang Virus

Hari ini saya akan cuba menerangkan beberapa tip yang berguna bagi mereka yang sudah tidak tahan dengan virus.Virus sudah tidak dapat dipisahlan lagi dengan komputer.Virus dan komputer boleh diibaratkan dengan lagu dan melodi.Bermacam-macam nama diberi kepada virus yang dijumpai.Virus sebenarnya tiada nama , namanya diberi oleh mereka yang pertama menjumpainya.Virus banyak menyerang komputer  yang menggunakan sistem operasi windows.Mengapa begitu?Ini kerana orang yang membuat virus inginkan duit.Virus dahulu dicipta untuk mencari publisiti murahan manakala virus sekarang dicipta untuk mencari duit.Virus dahulu dicipta untuk menyerang satu bahagian sahaja tetapi virus sekarang dicipta untuk menyerang semua bahagian pada satu tempat sahaja.Sebagai contoh virus pada masa sekarang dicipta untuk menyerang Malaysia sahaja sedangkan negara lain tidak akan diserang.

Mencipta virus adalah satu pekerjaan yang cukup lumayan pendapatan pada masa sekarang.Hanya perlu membuat satu program dan sebarkan ke internet.Dalam beberapa minit virus tersebut tersebar ke seluruh dunia dan kutip untung melalui jualan antivirus.Kalau tertangkap pun dikenakan penjara beberapa tahun sahaja.Mengapa manusia mencari pendapatan yang boleh menyusahkan orang?.CUBA LAH CARI YANG HALAL.Berikut adalah beberapa tip yang berguna yang mana boleh mengelak komputer di serang virus.

  1. Sentiasa update antivirus.
  2. Sentiasa update Windows
  3. Elakkan download software percuma
  4. Elakkan memasuki laman web yang bukan-bukan (lucah)
  5. Jangan guna screen saver yang didownload.
  6. Sentiasa melakukan housekeeping
  7. Gunakan browser mozilla firefox
  8. Scan pendrive , disket sebelum run
  9. Scan data sebelum buka file tersebut

Itu adalah tip-tip yang wajib anda lakuka untuk mengelak komputer dari diserang komputer.Saya mencadangkan anda menggunakan 2 perisian antivirus di komputer.Pastikan perisian tersebut serasi antara satu sama lain.Satu perisian yang berbayar dan satu perisian percuma.Tapi harus diingat sebelum guna pastikan antivirus tersebut boleh dipercayai.

Popularity: 6% [?]

Sharing Printer

Tutorial kali ini bagaimana ingin sharing printer dalam satu pejabat / bahagian /unit / rumah dan sebagainya yang mana komputer tersebut dalam network yang sama.Satu komputer harus dijadikan sebagai master printer dimana komputer lain akan disambung ke komputer tersebut.

Setting Komputer Master Printer

  • Klik Start -> Printers and Faxes
  • Klik kanan ke atas pencetak yang dipilih dan tekan “Sharing”

Pastikan sekiranya anda menggunakan komputer Windows XP SP2, anda telah memberi kebenaran untuk ‘sharing’ dengan:-

  • Klik Start ->Control Panel dan klik 2 kali Windows Firewall
  • Pilih tab “Exception” dan tandakan ke atas pilihan “File and Printer sharing”

Untuk membuat instalasi pencetak yang telah ‘sharing’

  • Klik Start -> Printers & Faxes
  • Add a Printer
  • Pilih “A network printer, or a printer attached to another computer”
  • Pilih pencetak yang dikehendaki daripada senarai komputer yang telah membuat ‘sharing printer’

Anda juga boleh membuat capaian untuk akses pencetak dari komputer lain dengan mengambil maklumat nama komputer atau nombor IP. Setelah itu;

  • klik Start -> Run  isi \\nama_komputer atau \\no_ip
  •  klik 2 kali ke atas pilih pencetak yang telah diberi kebenaran ‘sharing’

Popularity: 5% [?]

Kelebihan Mozilla Firefox

Sejak akhir-akhir ini browse Mozilla Firefox mencuri perhatian pengguna internet.Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama pembangun laman seluruh dunia.Firefox dibina dengan standard W3C.Mozilla Firefox adalah perisian pelunsur yang menggunakan lesen sumber terbuka (GNU). Ia boleh digunakan oleh sistem operasi Windows, Unix atau Macintosh dan Linux.

Antara Kelebihan Mozilla Firefox :

  1. Pelunsuran Tab-Ciri itu tidak memerlukan anda membuka banyak tetingkap untuk memaparkan laman yang dilawati.
  2. Penghalang pop up -Anda memepunyai pilihan samada membenar atau tidak web tersebut menayangkan pop up.
  3. Disertakan bar enjin pencari - Anda boleh menentukan jenis enjin yang hendak digunakan. Anda boleh membuat carian terus dari pelunsur tanpa perlu memasuki ke laman web enjin pencari seperti google.com atau yahoo.com.
  4. Penyambungan atau plug in dan tema/ubah rupa bentuk -Dengan penyambungan anda boleh menambah keupayaan Firefox. Antara penyambungan yang boleh didapati ialah ‘adblocker’ atau penghalang iklan dari dipaparkan, ‘noscript’ iaitu menentukan sama ada skrip di laman tertentu dibenarkan atau tidak dan lain-lain lagi.Tema pula membolehkan anda mengubah rupa bentuk Firefox. Terdapat pelbagai tema yang boleh dipindah turun. Anda boleh mendapatkan senarai penuh penyambungan dan tema di www.mozilla.com.
  5. Pengemaskinian secara automatik -Firefox mempunyai kebolehan pengemaskinian secara automatik. Jika ada versi baru, butang kemaskini akan memberi peluang kepada anda untuk menambahbaikkan perisian pelunsur itu.

Sekiranya anda belum mempunyai browser internet mozilla anda boleh download secara percuma.Klik pada link dibawah

Popularity: 5% [?]

Menyemak Alamat IP Komputer

Assalamualaikum/Salam

Tentu masih ramai lagi yang tidak mengetahui cara-cara untuk melihat ip komputer yang menggunakan dhcp dan statik ip.Statik ip adalah disetting secara manual manakala dhcp secara automatik server akan memberi ip kepada komputer(akan berubah-rubah).Alamat ip amat penting bagi mereka yang ingin sharing data dan printer tanpa alamat ip komputer tidak dapat berhubung antara satu sama lain.Cara yang paling senang adalah menggunakan command prompt.Apa yang perlu anda lakukan:

  • Start
  • Run - taip cmd atau command
  • taip ipconfig /all - untuk melihat semua maklumat
  • taip ipconfig /renew - perbaharui ip anda yang menggunakan dhcp
  • taip ipconfig /? - untuk melihat tentang semua command tentang ipconfig

Diharapkan maklumat yang ringkas ini dapat memberi bantuan bagi mereka yang belum mengetahui.

Popularity: 7% [?]