Beberapa hari yang lepas saya menulis serba seditkit artikal mengenai Operating system Slax yang berasaskan Linux.Untuk pengetahuan semua saya telah berjaya membuat Operating system Slax pada USB (pendrive).Sekarang saya dalam proses membuat Operating system Slax untuk version sendiri untuk negaraku Malaysia :).

Sebagai rujukan tambahan kepada mereka yang berminat untuk mencuba sendiri boleh melayari website rasmi tentang Slax untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau tunggu artikal akan datang yang mana saya akan menerangkan secara detil cara-cara untuk membuat Slax.
Popularity: 7% [?]
Sebagai membalas tags dari saudara Sham saya akan mencoretkan serba sedikit tentang diri Kita.Siapa KITA?Bukan anda tapi saya :).Saya memilih nama samaran sebagai Kita kerana saya suka mengelarkan diri saya Kita bila bercakap dengan ibubapa dan orang yang saya hormati.
- Nama sebenar Sabri Ahmad berasal dari Kelantan berumur 27 tahun , sudah berkahwin dan mempunyai seorang puteri kesayangan.
- Seorang pengiat internet secara sampingan.
- Seorang yang suka memcuba sesuatu yang baru dalam dunia komputer dan internet.Suka mencuba sesuatu yang baru dari segi design , script , programing software , os sebagai basic untuk diri sendiri.
- Mula menceburkan diri dalam internet sejak 2 tahun secara suka-suka.
- Suka kepada peralatan yang berteknologi tinggi.”Suka jer tapi tak mampu nak beli :)”
- Suka berkawan dan cari kawan.
Cukuplah setakat ini sahaja.So saya kan tag mereka yang sering kunjungi blog saya dan sebahagian blog yang menjadi pilihan saya.Kalau blog anda tidak termasuk mintak di ampun pak.
Bizmalaya
Alang
Shuth
SmartZul
Mawardee
Popularity: 4% [?]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang sudi menyokong saya untuk meneruskan agenda untuk negaraku Malaysia.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Bagi memeriahkan suasana Hari Kemerdekaan yang bakal tiba.Saya akan meganjurkan satu pertandingan kepada semua blogger dan peminat-peminat kongsiblog Malaysia.Apa yang perlu dilakukan Hanya Perlu Hantar Masalah/Soalan Mengenai Komputer dan Internet Kepada Saya.Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada soalan dan soalan yang terbanyak.Pertandingan ini akan bermula pada 27hb Ogos 2007 sehingga 30hb September 2007.
Syarat-Syarat Penyertaan
- Warganegara Malaysia.
- Tiada Had Umur.
- Soalan yang bukan spam/menipu (yang memang menjadi masalah bagi diri anda).
Cara Menyertai
- Hantar Masalah kepada saya berserta dengan link blog/web anda.
- Letak link kongsiblog sebagai tiket penyertaan.
Hadiah
Pertama : RM30 + Iklan Percuma Di Worldiklan.com
Kedua : RM20 + Iklan Percuma Di Worldiklan.com
Ketiga : RM10 + Iklan Percuma Di Worldiklan.com
Keputusan hakim adalah muktamad.Pemenang akan dihubungi melalui email.
Popularity: 6% [?]
Untuk makluman rakan-rakan semua saya dalam proses menyiapkan/testing satu projek operating system yang menggunakan Linux .Operating system ini dapat digunakan pada cd atau USB (pendrive) tanpa perlu install.Operating system yang saya maksudkan berasaskan SLAX.
Kelebihan yang ada pada SLAX , boleh dibawa kemana-mana dan boleh digunakan tanpa hardisk.Kelajuan sistem yang lebih mantap kerana menggunakan usb.Tidak diserang virus walaupun komputer tersebut mengandungi satu juta virus :).Banyak software-software menyokong yang dapat digunakan secara percuma.Murah dari kos penyelenggaraan berbanding menggunakan hardisk.Kalau menggunakan cd hanya +-RM0.50 , pendrive hanya +-RM70.Sebagai backup jika operating system hardisk rosak.Memang banyak kelebihan
Dalam Operating system tersebut saya akan masukkan software-software yang selalu digunakan oleh pengguna Malaysia seperti untuk menaip , priview , design grafik , browser , rss reader , multimedia , education , network , security dan banyak lagi.
Operating system ini belum diberi nama dan logo lagi.Kalau rakan-rakan ada cadangan nama dan logo yang “cute” jangan malu-malu untuk beritahu saya.Kalau ingin tolong design logo pun ok :).Tema slogan ini biarlah ada semangat kenegaraan sebagai rakyat Malaysia.Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Nota:
- Saya memerlukan sokongan dari mereka-mereka yang bijak pandai dalam Linux.Tolong hebahkan pada mereka.
- Projek ini akan siap dalam beberap minggu lagi kalau tidak ada sebarang masalah.
- Langgan artikal saya kalau tidak ingin terlepas :).
- Saya lambat update blog ini kerana ingin menyiapkan projek ini secepat mungkin.
Popularity: 6% [?]
Untuk menggunakan Task Manager tekan Ctrl+Alt+Del pada keyboard.Task Manager digunakan untuk melihat dan mematikan services , program yang sedang running , akaun user yang aktif , status memory sedang digunakan dan status networking.Kebiasannya bila ingin mengkatifkan Task Manager akan keluar satu mesej ” Task Manager has been disabled by your administrator“.Salah satu punca Task Manager Disabled disebabkan oleh virus , spywares dan trojans.Screenshot Task Manager Disabled

Terdapat beberapa cara untuk mengembalikan Task Manager.Cara yang pertama adalah mengubah System Registry dan Group Policy.Cara kedua dengan menggunakan software.
Cara Pertama-Group Policiy
- Click Start
- Click Run
- Taip gpedit.msc dan click OK
- Dalam Group Policy Setting
- Pilih User Configuration
- Pilih Administrative Templates
- Pilih System
Klik pada Ctrl+Alt+Delete options.Double klik the Remove Task Manager option dan ubah nilai Value 1 kepada o.Double klik pada Prevent access to Command Prompt,kemudian set kepada disable,apply,kemudian set semula kepada not configured.Nilai 0 mengambarkan tidak aktif , nilai 1 mengambarkan aktif.
Cara Pertama - System Registry.
Klik Run dan taip perkataan REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f dan klik pada ok atau pun secara manual:
- Klik Run
- Taip regedit dan klik ok
- Pilih HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System.
- Ubah nilai value data kepada 0 pada DisableTaskMgr.
Cara Kedua-Software
Terdapat banyak software percuma yang dapat repair system registry yang rosak.Salah satu Task Manager Fix.Downlod TaskManagerFix percuma.Sebelum melakukan proses ini digalakkan update AntiVirus terlebih dahulu dan scan.
Popularity: 20% [?]