System Registry Windows

System Registry adalah satu susunan database yang digunakan untuk menyimpan maklumat yang telah di configuration.Dalam System Registry terdapat maklumat mengenai program yang telah di install , hardware , setting interface windows dan port-port yang digunakan.System Registry hanya terdapat pada Windows Version 95 ke atas sahaja.System Registry berlainan mengikut version Windows tersebut.System Registry dapat diubah oleh pengguna namun tidak digalakkan sekiranya kurang mahir.

System Registry disusun dengan teratur mengikut kategori-kategori tertentu.Susunannya boleh dianggap seperti yang kita lihat pada Windows Explorer.Kebiasaanya disusun seperti berikut :

  • +HKEY_CLASES_ROOT
  • +HKEY_CURRENT_USER
  • +HKEY_LOCAL_MACHINE
  • +HKEY_USER
  • +HKEY_CURRENT_CONFIG

System Registry juga selalu di serang virus dengan mengubah dan menambah nilai-nilai value pada System Registery.Antaranya adalah menghilangkan menu search , hilangkan folder option , disable command prompt dan disable registry.Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengubah/buang pada System Registry.

Menu Seacrh Hilang

menu seacrh

Cara untuk mengembalikkan menu search taip REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoFind /t REG_DWORD /d 0 /f pada run dan klik ok.Selepas itu restart komputer.

Folder Option Hilang

option hilang

Cara untuk mengembalikannya dengan mengubah Value 1 kepada 0 pada HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Currentversion\Policies\Explorer .Untuk lebih mudah anda boleh menggunakan menu search pada System Registry.

Command Prompt Disabled

command prompt disable

Hanya perlu taip REG add HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /t REG_DWORD /d 0 /f pada menu run dan klik ok seterusnya restart komputer.

Registry Disabled

Taip perkataan REG DELETE HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /f pada run klik ok dan restart komputer.

Popularity: 14% [?]

Isu Ruangan Komen

Saya banyak menerima pandangan dari pelawat-pelawat supaya ruangan komen tidak perlu pendaftaran bagi kemesraan pelawat.Disini saya ingin perjelaskan ruangan komen perlukan pendaftaran bagi mengelak komen-komen yang tidak berkenaan atau spam dalam bahasa komputer/internet walaupun wordpress dapat menapis komen berbentuk spam.Apa pun saya akan buka ruangan komen tanpa pendaftaran untuk sementara waktu bagi menghormati pelawat setia.

Saya memerlukan pandangan anda semua mengenai isu ini.Pandangan anda membina kami.Sila tinggalkan komen anda.

Popularity: 3% [?]

Virus dan Antivirus

Sejak akhir-akhir ini peningkatan virus , malware , spyware , worm , spam dan bermacam-macam kategori virus komputer semakin meninggkat.Dalam kategori virus terdapat berbagai-bagai nama yang diberi seperti brontok , trojan , hoak , w32 , exe dan sebagainya.Sebenarnya virus tidak mempunyai nama , nama diberikan oleh mereka yang menjumpainya buat pertama kali.Mereka yang akan memberi nama pada virus tersebut. Akibat dari terkena virus akan mengalami berbagai-bagai efect , ada yang tidak boleh shut down , disable antivirus , disable registry , komputer jadi perlahan , data hilang create folder , locked folder , hilang menu dan sebagainya.

Pada masa dahulu pencipta virus mencipta virus untuk mencari publisiti murahan manakala pencipta virus pada masa sekarang mencari duit.Virus pada masa dahulu dicipta untuk menyerang semua rangkaian komputer diseluruh dunia.Pada masa sekarang virus hanya akan menyerang sesebuah negara atau organisasi sahaja.Sebagai contoh virus brontok hanya menyerang komputer di Asia sahaja.Setiap virus pada masa sekarang akan menyerang semua sistem dalam komputer berbanding virus dahulu hanya menyerang sesetengah sistem pada komputer.

Di Malaysia kebanyakan personal komputer menggunakan perisian Antivirus percuma.Badan-badan kerajaan dan swasta pula menggunakan perisian Antivirus berbayar. Perisian Antivirus berbayar memang boleh dipercayai dari segi security berbeza dengan perisian Antivirus percuma boleh diragui.Antara perisian Antivirus berbayar yang boleh dipercayai seperti Norton Antivirus , TrendMicro , McAfee dan banyak lagi.

Apa yang saya ingin kongsikan mengenai perisian Antivirus percuma.Terdapat banyak perisian Antivirus percuma pada masa sekarang.Ada sesetengah yang tidak boleh dipercayai kerana perisian itu sendiri yang membawa virus ke dalam komputer.Berikut adalah sebahagian perisian-perisian Antivirus percuma yang boleh dipercayai pada pandangan saya.

Terdapat banyak lagi Antivirus percuma pada masa sekarang.Saya cadangkan anda pastikan dahulu samada Antivirus tersebut boleh dipercayai atau pun tidak. Pastikan anda install tidak lebih dari 2 Antivirus pada komputer ini kerana akan menyebabkan komputer akan menjadi perlahan.

Popularity: 7% [?]

Screenshot Windows

Koleksi Screenshot Windows 1.01 hingga Screenshot Windows Vista.

screenshot windows1.01Screenshot Windows 1.01

Download Screenshot Windows

Popularity: 4% [?]

Burn File Format Images *.ISO Ke CD

File dalam format images *.iso satu kod antarabangsa yang direka khas untuk storan CD-ROM.Kod ISO untuk CD-ROM adalah ISO 9660.Satu file Images ISO mempunyai kesemua data-data file system yang terdapat dalam cd.File-file tersebut akan dijadikan satu file images *.iso dan diletakkan di dalam internet dan boleh di download menggunakan kelajuan internet yang tinggi ke dalam komputer.Sebagai contoh Sistem Operasi Linux yang boleh di download secara percuma yang mana formatnya dalam bentuk *.iso.Setelah di download file tersebut mesti dicopy/burn ke dalam cd untuk menggunakanya.Untuk melakukan proses copy/burn ke cd anda mesti mempunyai CD Copy/CDRW/DVDRW dan satu software.

Sebagai contoh sekiranya menggunakan Software Nero

  1. Run Program Nero.
  2. Pilih Nero Start Smart.
  3. Pilih Burn Images To Disc.
  4. Select file format *.iso yang ingin di burn ke cd.
  5. Tip pada Option Finaliza/Write.Klik pada Write.Proses burn akan berjalan,tunggu sehingga siap.

Anda sudah berjaya copy file images *.iso  ke dalam cd.Untuk memastikan samaada cd tersebut boleh digunakan atau tidak sila run dikomputer anda dengan memeriksa kandungan.

Popularity: 5% [?]