Software Download Video YouTube-YouTube Downloader

logo youtubedownloaderSejak akhir-akhir ini video yang terdapat dalam Youtube menjadi pilihan.YouTube adalah website milik Google.Terdapat banyak video-video yang boleh dilihat secara percuma dari seluruh dunia.Untuk mendapat kualiti yang lebih baik kita memerlukan kelajuan internet yang tinggi.Kini terdapat satu software yang dapat download video tersebut ke komputer anda tanpa perlu melihat secara online.Anda boleh download video pilihan anda dan simpan di dalam komputer.Software yang saya maksudkan adalah YouTube Downloader yang boleh didownload secara percuma.Download percuma disini

Program ini senang digunakan hanya perlu letak url video tersebut pada ruangan url yang terdapat pada software tersebut dan klik ok.youtubedownloader2

Antara Kelebihan Software YouTube Downloader

  • Software ini boleh digunakan untuk YouTube, Google Video, MySpaceTV dan banyak lagi.
  • Boleh tukar (convert) format kepada Ipod, Iphone, PSP, Cell Phone, Windows Media, XVid dan MP3.

Keperluan Komputer Untuk Menggunakanya

  • Intel Pentium 233 Mhz/AMD atau lebih tinggi
  • Windows 2000/XP/Vista
  • Explorer 5.0 atau lebih tinggi
  • 64 MB of RAM
  • Adobe Flash Player
  • Visual Basic 6.0 Run-Time Files

Popularity: 100% [?]

Advertise Here

Angkasawan Malaysia Pertama

angkasawan malaysia pertamaROZAMAN ISMAIL dan HELMI MOHD FOAD

Malaysia melakar satu lagi sejarah sebelum menyertai kumpulan eksklusif negara yang menerokai angkasa lepas apabila kedua-dua calon angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Faiz Khaleed disahkan lulus semua ujian dengan cemerlang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan, kedua-duanya layak mengikuti misi pertama negara ke angkasa lepas pada 10 Oktober ini dengan pemilihan terakhir akan dibuat pada hari berkenaan.

Ini bermakna salah seorang daripada dua calon tersebut berpeluang menjadi angkasawan pertama negara apabila kapal angkasa Soyuz 15-S berlepas dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan dua minggu lagi.

Angkasawan yang bakal dipilih untuk ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) itu akan ditentukan oleh pihak Rusia pada saat-saat akhir, kata Perdana Menteri dalam pengumuman khas di pejabatnya di sini tengah hari ini.

Majlis pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen.

Menurut Abdullah, Sheikh Muszaphar ditempatkan dalam kumpulan krew pertama untuk misi Soyuz 15-S manakala Faiz menganggotai kumpulan krew kedua.

“Kerajaan amat berbangga kerana Lembaga Penetapan Krew mengiktiraf bahawa kedua-dua calon angkasawan negara telah lulus dengan cemerlang dan mereka layak untuk mewakili Malaysia bagi misi pertama negara ke angkasa lepas.

“Segala perubahan terakhir dalam pemilihan calon yang akan mengikuti misi ini akan ditentukan oleh pihak Rusia kelak. Proses ini perlu bagi memastikan misi berjalan dengan lancar dan jaya,” katanya.

Turut hadir ketika pengumuman itu dibuat ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan Pengerusi Jawatankuasa Panel Pemilihan Angkasawan Negara, Tun Hanif Omar. Perdana Menteri memberitahu, jawatankuasa panel pemilihan telah membuat perakuan berasaskan kepada mesyuarat jawatankuasa kerja Lembaga Antara Kerajaan Rusia dan juga laporan akhir penilaian persediaan misi Soyuz 15-S oleh Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos).

Selain Sheikh Muszaphar, 35, pegawai perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pihak berkuasa angkasa lepas Rusia mencadangkan kumpulan krew pertama untuk misi Soyuz 15-S dianggotai oleh Yuri Malechenko dari Rusia dan Peggy Whitson dari Amerika Syarikat (AS).

Kumpulan krew kedua pula terdiri daripada Sharizan Sharipov dari Rusia dan Michael Fincke dari AS selain Faiz, 27, yang merupakan seorang doktor gigi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kedua-dua kumpulan krew itu akan berada di Baikonur Cosmodrome mulai Jumaat ini sebelum pelancaran yang dijadualkan pada 10 Oktober ini iaitu tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berdasarkan pencapaian kedua-dua calon angkasawan itu, kata Perdana Menteri, negara berjaya melahirkan dua anak Malaysia yang boleh mengikuti misi ke angkasa lepas pada bila-bila masa mereka diperlukan serta diberi pengiktirafan oleh badan latihan angkasawan antarabangsa.

“Bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya mengucapkan selamat maju jaya dan saya berdoa agar misi ini akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan dengan selamat dan jayanya,” kata beliau.

Angkasawan Malaysia yang terpilih bakal berada di ISS selama sembilan hari sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan-angkasawan lain yang kini telah pun berada di ISS yang terletak di orbit kira-kira 333 kilometer dari muka bumi.

Di ISS, Sheikh Muszaphar atau Faiz akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Program angkasawan negara itu merupakan persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Sheikh Muszaphar dan Faiz merupakan dua calon terakhir daripada 11,275 rakyat Malaysia yang memohon menjadi angkasawan pertama negara ketika tawaran dibuka pada 2003.

Rujukan & Artikal : Utusan Online

Popularity: 14% [?]

Kaedah-Kaedah Melanggan Artikel atau RSS

logo rssDisini saya akan menerangkan dengan lebih detil cara-cara melanggan artikel di kongsiblog bagi memastikan anda tidak ketinggalan membaca artikel-artikel terkini dan menjadi pembaca pertama.Saya percaya sudah ramai yang mengetahui cara untuk melanggan artikal di kongsiblog.Walaupun begitu saya beranggapan masih ada yang belum jelas cara untuk menyertainya.

Sebelum saya menerangkan kaedah-kaedah untuk melanggan artikel di kongsiblog.Perkara asas yang seharusnya anda ketahui adalah mengenai RSS.Anda boleh download secara percuma disini.

Kaedah-Kaedah Melanggan RSS

Kaedah 1 : Email
Melaui kaedah kedua adalah melalui email.Anda akan menerima artikel-artikel terbaru terus ke inbox email anda.Kaedah ini paling senang digunakan dan menjadi pilihan semua peminat RSS.Untuk membolehkan artikal-artikal terbaru dihantar terus ke email anda, anda hanya perlukan masukkan alamat email anda dikotak Langgan Artikal dibawah. Masukkan alamat email anda dan tekan butang “Subscribe” .

Satu popup window akan dipaparkan secara automatik, dan anda dikehendaki menjalani ujian penyingkiran SPAM dengan memasukkan abjad yang dipaparkan ke dalam kotak yang disediakan.

Kaedah 2: Toolbar Kongsiblog

Anda boleh download toolbar kongsiblog yang mana RSS telah tersedia di dalam toolbar kongsiblog .Untuk download toolbar sila klik pada banner dibawah

Kaedah 3 : Browse Firefox
Bagi pengguna mozilla firefox.. untuk melanggan RSS di blog ini, anda hanya perlu klik pada ikon RSS yang berwarna oren yang terdapat di sebelah URL di bahagian “Adrees Bar”.

Selepas klik pada ikon tersebut, anda akan dibawa kepada Web Based RSS Reader yang anda miliki sama ada dari Yahoo, Google, Bloglines atau sebagainya.

Kaedah 4 : Browse Internet Explorer
Jika anda menggunakan browser IE 7 pula, anda boleh klik pada ikon kuning yang terdapat sebaris dengan tab-tab window anda. Secara automatik, RSS blog ini akan di masukkan ke dalam “Browser RSS Reader” yang terdapat di dalam IE anda.

Untuk lebih jelas anda boleh artikal ini berserta dengan gambar.Download

Popularity: 8% [?]

Gaim Internet Messenger

logo gaimGaim adalah salah satu program yang digunakan untuk sembang/chatting (internet mesengger).Ramai dikalangan kita sudah biasa dengan yahoo mesenger , msn dan sebagainya.Sebagai contoh program yahoo mesenger hanya boleh digunakan untuk pengguna yang mempunyai akaun yahoo sahaja.Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun internet mesenger anda perlu install kesemua program-program ke komputer.Secara tidak langsung membebankan komputer.

gaimBagi program gaim pula ia boleh digunakan oleh semua pengguna yang mempunyai akaun AIM, ICQ, Jabber/XMPP, MSN Messenger, Yahoo!, Bonjour, Gadu-Gadu, IRC, Novell GroupWise Messenger, QQ, Lotus Sametime, SILC, SIMPLE, MySpaceIM, dan Zephyr.Program ini boleh digunakan pada Operating System Windows, Linux, BSD dan Unix.Maklumat lebih lanjut boleh layari web gaim

Popularity: 9% [?]

Kelebihan Add-Ons Mozilla Firefox

logo firefoxAdd-Ons salah menu yang terdapat pada browse Mozilla Firefox yang mengandungi utitlit-utiliti dan software-software yang disambung terus kepada browse mozilla.Untuk mengakses tools ini klik pada Tools dan Add-Ons.Didalam Add-Ons terdapat 3 kategori iaitu Extensions(software-utitlit) , Themes (design-desing untuk mozilla) dan Languanges.

Extensions

Terdapat 1871 extension yang boleh diinstall secara percuma melalui web Mozilla Firefox.Diantara extensions yang popular seperti VideoDownloader , Adblock Plus , NoScript , FlashGot , IETab , Download Statusbar , Download Helper , PDF Download , DownThemAll , GreeseMonkey dan sebagainya.Klik disini untuk melihat semua extension yang terdapat pada mozilla.Cara untuk install hanya perlu klik pada program yang dikehendaki dan klik pada install.

Themes

Melalui browse Mozilla Firefox kita dapat memilih theme ( corak yang dikehedaki) .Sebagai contoh lihat screenshot dibawah :

screenshot mozilla 1Sebelumscreenshot mozilla 2Selepas

Terdapat lebih kurang 247 theme yang boleh dipilih mengikut pandangan mata anda.Lihat semua theme

Nota:sebarang masalah hubungi kami

Popularity: 10% [?]