Login Dua Akaun Yahoo Mesenger Pada Satu Komputer

Bagi pengguna Yahoo Mesenger Version 8 yang mempunyai dua akaun atau lebih anda boleh login dua akaun serentak menggunakan satu aplikasi yahoo mesenger dengan membuat setting di system registry.

Langkah-Langkah

  • Download dan install Yahoo Mesenger.
  • Klik Start-Run dan taip “regedit” kemudian klik ok.
  • Buka HKEY_CURRENT_USER - Software - Yahoo - Pager - Test .
  • Klik kanan pada folder Test - New - DWORD value dan taip “Plural” sebagai nama file.
  • Tekan enter 2 kali pada file plural yang baru dibuat. Pada “Value data” isikan angka 1 ( untuk 2 id ) , 2 ( untuk 3 id ) dan seterusnya.
  • Pastikan bahagian “Base” berada pada pilihan Hexadecimal ( 16 ).
  • Kemudian klik ok untuk save setting anda.
  • Popularity: 7% [?]

    Advertise Here

    Basic Adobe Photoshop Shotcut Keys Keyboard

    Basic kekunci cara cepat menggunakan Adobe Photoshop berserta dengan fungsinya

    1. Memulakan file baru (File - New) = Ctrl + N
    2. Menyimpan file (Save) = Ctrl + S
    3. Mencetak (Print) = Ctrl + P
    4. Kembali ke keadaan yang sebelumnya (Undo) = Ctrl + Z
    5. Menyalin (Copy) = Ctrl +C
    6. Mengubah (Transform) = Ctrl +T
    7. Menyelaras garisan melengkung (Adjustments - Curves) = Ctrl + M
    8. Pilih semua (Select All) = Ctrl + A
    9. Pilih secara bertentangan (Inverse) = Ctrl + Shift + I
    10. Mengunci garis panduan (Lock Guides) = Alt + Ctrl + ;
    11. Menutup semua pelet (Close all pelletes) = Tab
    12. Membuka file lama (Open) = Ctrl + O
    13. Menyimpan file secara alternatif (Save As) = Shift + Ctrl + S
    14. Keluar dari tetingkap (Exit) = Ctrl + Q
    15. Memotong (Cut) = Ctrl + X
    16. Menampal (Paste) = Ctrl + V
    17. Penyelarasan warna (Adjustments - Levels) = Ctrl + L
    18. Kesan songsang (Adjustments - Invert) = Ctrl + I
    19. Membatal pemilihan (Deselect) = Ctrl + D
    20. Kesan yang sebelumnya (Last Filter) = Ctrl + F

    Popularity: 11% [?]

    Cd-r dan cd+r (sama tapi tak serupa)

    Pernahkah sebelum ini anda memasukkan cd ke dalam cd rom tetapi keputusan yang keluar ialah “no disk in drive”.
    Pertama, mungkin cd rom anda rosak tetapi mungkin juga cd rom tidak dapat membaca format cd tersebut.

    Sebelum membeli cd rom atau cd+r, pastikan anda melihat dahulu jenis cd yang disokong supaya wang anda tidak terbazir.

    Mengapa wujudnya pelbagai jenis cd sedangkan kegunaannya sama sahaja, tiada lebih dan kurang. Sebenarnya cd-r dan cd+r dikeluarkan oleh syarikat yang berlainan. Namun begitu, hampir kesemua cd rom atau burner yang dijual sekarang boleh menyokong kesemua jenis cd.

    Popularity: 11% [?]

    Web Proxy…Baik dan buruknya

    Sekiranya sesuatu laman web di CC atau makmal komputer di kolej anda di blok oleh websense atau firewall. Anda masih boleh membukanya dengan menggunakan web proxy iaitu dengan memasuki laman web tersebut menggunakan proxi  milik orang lain. Websense dan firewall berkesan di bawah arahan server atau administrator, memandangkan proxi tersebut bukannya milik server kolej anda, maka mereka tidak dapat mengesannya apatah lagi memblok.

    Dapatkan penerangan lanjut mengenai web proxy di sini.

    Mengapa terdapat pihak yang sanggup menyediakan web proxy secara percuma? Apakah faedahnya kepada mereka?
    Sekiranya anda merupakan jutawan atau orang penting, kemungkinan besar mereka boleh mengetahui username dan password anda sekiranya anda menggunakan proxy tersebut untuk mengakses laman web yang memerlukan login. Ini menyebabkan mereka mampu mencuri maklumat penting daripada anda. Tetapi sekiranya anda hanya pelajar, mereka mungkin teringin untuk mendapatkan surfing habit dan emel adress anda. Kebanyakan server kolej memblok friendster, jadi amat mudah untuk mereka mendapatkan emel anda apabila anda login di friendster dengan menggunakan web proxy mereka.

    Maklumat-maklumat tersebut akan dijual kepada pihak ketiga dan akibatnya anda akan mendapat emel spam (ini mungkin bukan masalah besar).

    Kemungkinan besar juga mereka mendapat keuntungan melalui iklan. Setiap page yang anda pergi menggunakan web proxy sebenarnya masih berada di bawah laman web tersebut. Dengan ini, mereka dapat meletakkan iklan-iklan mereka pada setiap page (kebiasaanya pada bahagian teratas dan terbawah supaya tidak mengganggu user).

    Berikut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil sekiranya anda masih mahu menggunakan web proxy:
    1.Jangan menggunakan web proxy untuk memasuki akaun emel jika risau password anda terdedah.
    2.Bina sekurang-kurangnya 1 username dan 3 password. Satu untuk emel, satu untuk forum, dan satu lagi untuk perkara-perkara lain yang kurang penting (seperti friendster, myspace, dan website untuk mendownload).
     

    Popularity: 10% [?]

    Bersihkan PC daripada malware

    Sekiranya PC anda dilanda serangan malware (mallicious software) seperti virus,worm, dan trojan, berikut merupakan antara langkah terbaik yang boleh dilakukan.

    1.Tutup Internet:

    Tutup connection internet kerana kebanyakan malware datang daripada internet.

    2.Pergi safe mode:

    Reboot windows dan pergi ke safe mode.Boleh dilakukan dengan menekan F8 semasa di BIOS.Tetapi perlu diingatkan OS yang berlainan mungkin mempunyai kunci yang berlainan.

    Safe mode penting kerana kebanyakan program(termasuk virus) tidak dapat beroperasi di safe mode.Sekiranya antivirus anda dapat mengesan virus tetapi tidak dapat mendeletenya, ini mungkin kerana terdapat komponen virus tersebut yang masih berjalan.

    3.Tutup system restore bagi Windows XP dan keatas:

    Sekiranya system restore dibuka, kemungkinan besar malware yang telah anti virus anda buang akan dibina semula dan menyebabkan serangan virus tidak dapat dihentikan.

    System restore boleh ditutup dengan klik kanan pada My Computer dan pilih ‘properties’.Tanda pada ‘turn off system restore’.

    4.Scan menggunakan perisian Anti Virus:

    Sekarang barulah proses scan dilakukan. Memandangkan proses ini dijalankan di dalam safe mode, kelajuan scan juga turut bertambah dan boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat daripada mode biasa.

    5.Jalankan anti spyware:

    Anda juga digalakkan untuk menjalankan program anti-spyware memandangkan sesetengah spyware tidak dapat dikesan oleh anti-virus.Perisian seperti Spyware Blaster, Ad-Aware, dan Spyware Search And Destroy merupakan antara perisian yang bagus dan menjadi pilihan selain daripada percuma.Anti-spyware dan anti virus boleh dijalankan secara serentak dan tidak akan menyebabkan ‘clash’. Ini bergantung kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan kelajuan memori(RAM).

    6.Jalankan hijackthis:

    Hijakthis merupakan satu tools yang hebat dan amat berguna.Sungguhpun begitu, tanpa ilmu yang cukup anda mungkin menambahkan lagi kerosakan PC anda.

    Hijackthis boleh berfungsi untuk :

    -mengimbas dan memberitahu maklumat seperti program yang sedang berjalan dan maklumat-maklumat lain

    -menghentikan proses yang anda rasa bahaya

    -enablekan regedit(sekiranya regedit di’disable’kan oleh virus)

    -menghentikan proram yang anda rasa tidak perlu pada start up

    -delete file yang anda tidak dapat delete semasa di windows

    7.Memperbaiki registry:

    Sesudah segala pembaik pulihan dijalankan, anda mungkin mahu memperbaiki registry anda pula supaya registry yang tidak berguna dibuang dan value pada registry yang diubah oleh virus dapat dibetulkan semula.

    Perisian-perisian seperti berikut boleh digunakan:

    -Registry Mechanic (Shareware)

    -Registry Fix

    -RegRun

    Popularity: 10% [?]