Selamatkan data penting sebelum format

Anda ingin mendalami system windows tetapi secara tidak sengaja anda terbuang file penting dalam PC anda seperti file winlogon.exe (membolehkan windows start) dan usernit.exe (membolehkan user melepasi ruangan login) kerana menyangkakan kedua-dua file tersebut ialah virus. Akibatnya anda tidak boleh memasuki windows. Penyelesaiannya:

1.Repair file menggunakan cd windows:

Semasa start PC, masuk ke BIOS, pergi ke boot sequence dan pilih untuk boot dari cd sebagai pilihan pertama. Apabila anda sampai ke bahagian utama boot disk tersebut, pilih untuk repair dan bukannya format. Ini akan menyebabkan keseluruhan sistem windows termasuk file yang hilang diganti semula.

2.Jadikan hard disk tersebut sebagai slave:

Sekiranya cara di atas tidak berkesan dan anda terpaksa format komputer anda, cara terbaik untuk menyelamatkan kandungan dalam C: ialah dengan mengeluarkan hard disk C: anda dan jadikannya sebagai slave pada PC lain. Dengan ini anda boleh memasuki semula hard disk anda pada windows. Sekiranya anda tahu file apa yang anda telah buang hanya cari file tersebut dari PC kawan anda dan masukkannya ke dalam hard disk anda (sekiranya OS sama). Kemudian pasang semula pada PC anda dan cuba boot.

Sekiranya anda risau ia tidak berjaya, anda boleh pindah dahulu mana-mana file yang anda rasakan penting ke tempat lain. Kemudian pindah kembali ke komputer anda dan format.

*Cara ini tidak berkesan sekiranya harddisk anda dilengkapi kata laluan (perlu memasukkan kata laluan sebelum log on ke windows).

Popularity: 9% [?]

Cookies dan friendster

Tiada Time-Out:

Web server friendster.com menggunakan session yang tidak mempunyai time-out.Sekiranya anda menutup browser tanpa logout, user seterusnya yang ingin pergi ke friendster.com akan dibawa terus ke akaun anda.Cukup bahaya….

Selain itu cookies friendster yang disimpan pada hard disk anda juga boleh dimanipulasikan.Tetapi anda perlulah login di dalam friendster terlebih dahulu supaya cookie tersebut terhasil.

Ambil cookie daripada Internet Explorer:

1.Pergi ke Toos>>Internet Option>>Setting>>View Files.

2.Cari file cookie yang bernama friendster_auth dan simpan pada folder anda untuk kegunaan seterusnya.

Paste cookie tersebut di Opera:

1.Buka laman friendster dahulu supaya cookie friendster dapat disimpan dalam opera.

2.Pergi Tools>>Advanced>>Cookies

3.Cari friendster.com dan double klik mana-mana cookies milik friendster.

4.Ganti bahagian value dengan kandungan friendster_auth.

5.Tukar bahagian nama kepada friendster_auth dan tekan OK.

7.Refresh page friendster dan anda akan terus dibawa ke page akaun anda walaupun anda belum login lagi pada pelayar opera.Ini mungkin dapat menjelaskan lagi bagaimana cookies berfungsi.

*Walaubagaimanapun cara ini mungkin tidak berkesan pada mereka yang menggunakan browser terbaru atau bagi mereka yang logout dahulu sebelum keluar.

Pencegahan:

Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan anda padam semua private data terutamanya file cookies setiap kali selepas melawati internet.

*Artikel ini bukanlah untuk mengajar cara menggodam friendster tetapi untuk memberi kesedaran kepada pengguna yang sering membiarkan cookies mereka walaupun menggunakan komputer yang dikongsi.

Popularity: 11% [?]

Cookies…Baik dan buruknya

Kalau tiada cookies:

Katakanlah anda telah login ke emel anda. Setiap kali anda ingin menukar page seperti membaca emel yang berlainan, anda terpaksa memasukkan semula kata laluan anda. Ini kerana setiap page akaun anda dilindungi kata laluan.

Mudahnya jika ada:

Dengan cookies, apabila anda memasukkan maklumat ketika login, file cookies akan di simpan di hard disk anda. Apabila anda ingin pergi ke page yang lain di dalam akaun anda, web server terus mengenali anda berdasarkan cookies tadi.

Session:

Setiap cookies terdapat sesinya sendiri. Contohnya untuk emel, sekiranya anda tidak logout dan terus tutup pelayar internet sesi cookies tersebut akan lupus secara automatik.Ini bermakna apabila anda ingin memasuki semula akaun anda, username dan kata laluan perlu dimasukkan semula.

Namun, sekiranya anda menggunakan fungsi “remeber me” yang terdapat pada ruangan login, maka session anda tiada time-out atau tarikh lupus. Ini bermakna anda tidak akan sampai ke login page tetapi terus ke akaun anda.Hanya sesuai digunakan pada komputer peribadi.

Session jenis inilah yang terdapat pada friendster.com kerana sekiranya anda terlupa untuk logout maka user lain yang ingin pergi ke laman utama akan sampai ke akaun anda dahulu.Dengan ini akaun anda boleh diubah sesuka hatinya.

Matikan session:

Sekiranya anda malas logout, tidak mengapa. Apa yang perlu anda buat hanyalah membuang “private data” yang disimpan. Untuk Internet Explorer anda boleh membuang pada Tools >> Internet Options. Cari bahagian Cookies dan delete.

Anda juga boleh menggunakan perisian ccleaner untuk memadamkan cookies. Tambahan pula adalah tidak merugikan untuk mempunyai perisian ini memandangkan ia boleh digunakan untuk menyusun registry dan menyenaraikan file-file yang tidak perlu bagi mengoptimakan PC anda.

Perisian ini boleh didapati secara percuma di http://www.ccleaner.com.

Popularity: 7% [?]

Convert File kepada PDF Secara Online

Untuk menukar file kepada file dalam format pdf kita memerlukan software Adobe Acrobat Profesional.Dalam artikel sebelum ini saya ada menerangkan cara-cara untuk menukar file Microsoft Office kepada file pdf.Jika belum baca artikel sebelum ini , klik disini untuk membaca.Artikel pada kali ini saya ingin berkongsi satu laman web yang dapat menukar file secara online (tidak memerlukan software Adobe Acrobat.File yang dapat ditukar terdiri dari MS Office, Images, Web Pages, Vector Graphic Formats.

Manual Menggunakan PDF Converter

  • Klik pada PDF Converter
  • Upload file , masukkan email dan klik pada convert
  • Tunggu sehingga proses uploading siap.

Screenshot
online pdf

Popularity: 5% [?]

PicWalker-Viewer bagi mereka yang suka membaca komik/manga

Bagi mereka yang gemar membaca komik atau manga, pic walker merupakan antara perisian terbaik yang boleh digunakan.
Perisian ini boleh didownload di www.snapfiles.com.

1.Saiz amat kecil:
Percaya atau tidak perisian ini hanya mempunyai saiz sebesar 654kb sahaja tetapi fungsi yang pelbagai. Jadi tidak menyakitkan untuk anda mencubanya. Tambahan pula perisian ini adalah percuma.

2.Tak perlu ekstrak:
File yang berada di dalam format rar atau zip tidak perlu diekstrak untuk memaparkannya. Perisian ini mempunyai keupayaan untuk memaparkan kesemua file yang berformat gambar walaupun file tersebut berada dalam format zip atau rar.

3.Setiap page disambung secara terus:
Anda boleh mensetkan untuk menyambung setiap page dengan cara klik kanan dan dan klik ‘continuous pages’. Dengan ini, anda hanya perlu menekan anak panah bawah untuk membaca atau menggunakan mouse untuk mendrag gambar dari atas ke bawah.

3.Zoom dan resample:
Anda boleh menggunakan kunci + atau - untuk membesar dan mengecilkan gambar. Pada default setting, gambar yang dibesar atau dikecilkan akan menjadi pecah dan buruk.
Jadi ubah setting untuk resample pada Tools >> Options >> Resampling filter for zoom >> Lanczos >> Ok.

4.Menjimatkan ruang:
Bagi penggemar komik virtual, kebanyakan episod didatangkan dalam bentuk zip dan rar supaya lebih mudah untuk diuruskan disamping menjadikan saiznya lebih kecil. Dengan tidak perlu mengestrak file tersebut, PC pasti lebih terurus dan menjimatkan ruang.

5.Boleh dijadikan portable PicWalker:
Sebenarnya perisian ini tidak terdapat dalam versi portable(mudah alih). Akan tetapi sekiranya anda mengistallkannya dalam thumb drive anda (ex: H:\Picwalker), anda masih boleh menggunakannya apabila thumb drive anda dipasang pada PC lain. Dengan ini, anda tidak perlulah menginstall lagi perisian tersebut di PC lain.

6.Kemudahan yang terdapat pada viewer lain turut terdapat di sini seperti batch rename(mengubah nama file secara banyak) dan kemudahan edit gambar.

Popularity: 4% [?]