Hosting Blog Percuma Menggunakan Wordpress

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Disini saya ingin mengumumkan Hari Raya Haji jatuh pada 20 Disember 2007 bersamaan dengan 10 Zulhijah 1428.Jangan terkejut dengan pengumuman itu , apa yang saya ingin umum sebenarnya mengenai satu perkhidmatan percuma yang akan diberi kepada semua pelawat-pelawat dan ahli-ahli kongsiblog.Kongsiblog telah melancarkan satu hosting percuma bagi mereka yang ingin memiliki blog sendiri.Perkhidmatan ini dibangunkan menggunakan Wordpress yang mana wordpress adalah salah satu system open source yang paling terkenal untuk membuat blog.Jika berminat boleh layari kongsiblog.com.Perkhidmatan ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa.Buat masa sekarang terdapat lebih kurang 10 themes dan 10 plugin.Themes dan plugin ini akan sentiasa ditambah.

Nota : Selamat Hari Raya Aildiadha Kepada Semua Muslim.Saya akan offline sehingga hari raya aidiladha ke 3.

Popularity: 6% [?]

Jadikan Windows XP Sebagai Mesin Fax

Jika anda mengguna Operating System Windows XP anda boleh jadikan ia sebagai mesin fax.Services ini boleh terima dan hantar mesej seperti mesin fax . Ia amat sesuai digunakan di rumah atau pejabat-pejabat kecil kerana tidak memerlukan sebarang kos. Services ini membolehkan anda membaca , simpan , forward dan delete mesej yang diterima. Secara default fax service tidak di install di Windows XP, tetapi jika anda mempunyai cd Windows XP anda boleh install services ini melalui option Add or Remove Program .

Langkah-langkah install fax services:

  1. Pastikan anda login sebagai akaun administrator.
  2. Pasang moden dikomputer dan install driver jika belum mempunyai modem.
  3. Klik Start , System Control Panel dan double klik Add or Remove Program.
  4. Pilih dan tip pada Fax services components.
  5. Untuk meneruskan proses ini klik Next sehingga selesai proses install dan tutup.

fax

Selepas fax components di install, anda perlu membuat configure fax sebelum dapat digunakan.Langkah-langkah seperti dibawah :

  1. Klik Start button , All Programs , Accessories , Communications dan klik Fax Console.
  2. Masukkan “cover page information” dan klik Next.
  3. Pilih modem untuk mesin fax dan enable send dan receive options.
  4. Masukkan TSID (Transmitting Subscriber Identification) dan klik Next ,selepas itu masukkan CSID (Called Subscriber Identification) .
  5. Akhir sekali pilih printer yang mana secara automatik akan print mesej fax dan klik finish.

Popularity: 8% [?]

Scan Virus Menggunakan Banyak Antivirus Secara Online

Virus dan antivirus tidak dapat dipisahkan dalam teknologi komputer pada hari ini.Perisian antivirus memang wajib di install di setiap komputer.Setiap komputer hanya sesuai di install satu perisian antivirus sahaja. Walaupun boleh di install lebih dari satu ia akan menjejaskan prestasi komputer dan prestasi antivirus sendiri.

Hari ini saya ingin berkongsi satu service antivirus yang tidak perlu di install pada komputer. Services ini berfungsi untuk mengesan viruses, malware, worms dan trojans secara online.Walaupun banyak website yang menawarkan services seperti ini , VirusTotal menjadi pilihan saya kerana menggunakan perbagai perisian antivirus ( AVG , AntiVir,Awido,DrWeb dan banyak lagi . VirusTotal ini berfungsi hanya jika anda mempunyai sambungan internet sahaja.Anda hanya perlu lakukan 3 langkah sahaja untuk mengesan viruses, malware, worms dan trojans.

  1. Buka laman web VirusTotal.
  2. Dalam menu “Upload the file” , klik browse dan pilih file yang ingin di scan dan klik “Send File” .
  3. Proses ini akan mengambil sedikit masa (bergantung kepada size file dan kelajuan internet ).

Selain laman web Virustotal terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan seperti ini.Salah satu yang boleh dikatakan popular Trend Micro HouseCall.

Popularity: 12% [?]

Ubah Masa Boot Dua Operating System Windows

Sekiranya anda mempunyai dua atau lebih operating system pada satu komputer anda akan melalui satu proses untuk memilih operating system dikehendaki semasa boot. Sebagai contoh komputer yang mempunyai Windows 2000 dan Windows XP (anda perlu memilih samada boot Windows 2000 atau Windows XP).Proses ini dapat di “disable” kan , diubah masa dan boot secara default mengikut pilihan.

Untuk membuat “setting” ini klik kanan pada My Computer dan pilih Properties.Klik pada menu Advanced.Dalam menu Startup and Recovery , klik pada Setting.Tip pada “Time to display list of operating systems” jika anda ingin megubah masa boot.Masa yang boleh dimasukkan diantara 0 hingga 999 seconds.Jika anda ingin “disable” kan boot menu tip pada “Time to display list of operating system”.

boot dua windows

Selepas semua “setting” siap, klik option OK dan save.Untuk memastikan “setting” anda berjaya pastikan anda “restart” komputer.

Popularity: 7% [?]

Hayati Rukun Negara Malaysia

Artikel kali ini tidak berkaitan dengan dunia komputer dan internet hanya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia.Walaupun isu ini sudah lenyap diarus media masa namun tetap bermain di minda rakyat Malaysia.Isu yang saya ingin ketengahkan mengenai perhimpunan haram.Apa yang dimaksudkan dengan perhimpuanan haram adalah perhimpunan secara beramai-ramai yang tidak mendapat kelulusan dari pihak kerajaan.Mengapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku disebabkan ketidakpuasan hati sesebuah organisasi atau individu terhadap sesuatu isu mengikut pandangan saya.Walau apa pun alasannya perhimpunan sebegini tidak harus belaku di negaraku Malaysia.Negaraku Malaysia tersohor dengan rakyatnya yang kaya budi bahasa.Tidak ada satu jalan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu isu melainkan dengan perbincangan.Sebagai contoh dalam sebuah keluarga yang terdiri dari Ayah,Ibu dan Anak.Kalau anaknya yang memberontak pasti Ayah dan Ibu juga akan menerima akibatnya.Begitulah juga dengan negaraku Malaysia kalau rakyat dan pemimpin memberontak pasti negaraku Malaysia akan juga menerima akibatnya.

Kita seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.Lihatlah negara lain betapa sengsaranya mereka di negara sendiri terpaksa hidup dalam kelaparan , ketakutan , kesengsaraan dan kehinaan.Mengapa perkara sebegini berlaku disebabkan perpaduan , kesetian , hormat menghormati dan sayang menyayangi sudah hilang dalam diri mereka.Bagaimana mereka harus mengembalikan suasana aman hanya dengan perbincangan.

Artikel ini hanya pandangan saya sahaja yang mana tidak ada kaitan dengan sesiapa atau organisasi.Marilah kita sama-sama menghayati rukun negara yang diajar sejak sekolah rendah lagi.

Senarai Perdana Menteri Malaysia

  1. Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj -Sejak 1957 -1970 dan digelar sebagai Bapa Kemerdekaan
  2. Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein -Sejak 1970 -1976 dan digelar Bapa Pembangunan
  3. Tun Hussein bin Dato’ Onn -Sejak 1976 -1981 dan digelar Bapa Perpaduan.
  4. Tun Dr. Mahathir Mohamad -Sejak 1981-2003 dan digelar Bapa Pemodenan.
  5. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi – Sejak 2003-kini dan digelar Bapa Pembangunan Insan

senarai perdana menteri malaysia

Rukun Negara

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.

Matlamat Rukun Negara

  • mengukuhkan perpaduan.
  • memelihara corak hidup demokratik.
  • mencipta sebuah masyarakat yang adil.
  • menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
  • membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

Prinsip-prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

  • agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
  • rakyat yang beragama mudah diurus.
  • perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

  • semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
  • Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.
  • Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
  • penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

Keluhuran Perlembagaan

  • perlembagaan merupakan undang-undang utama
  • perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
  • rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

Kedaulatan Undang-Undang

  • rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
  • rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
  • rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Kesopanan Dan Kesusilaan

  • rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.
  • ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
  • amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Kredit Rukun Negara : Kementerian Penerangan Malaysia

Popularity: 16% [?]