Susunan File Dalam Computer Yang Betul

Ramai penguna komputer tidak ambil kisah tentang susunan file yang betul dalam komputer.Seperti satu iklan dalam tv “aiman tak kisah”.Sepatutnya file-file dan program perlu disusun dengan teratur bagi memastikan komputer mesra pengguna , sedap mata memandang dan system beroperasi dengan lebih baik.Sebagai contoh sekiranya di desktop terbanyak file-file atau shortcut ia akan menyebabkan komputer lambat untuk loading kerana terpaksa run semua file atau shotcut tersebut.

Sebagai contoh di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta sendiri mengamalkan 5S.5S adalah gabungan 5 perkataan bermula dari huruf S berasal dari Bahasa Jepun iaitu : Sumber rujukan Wikipedia

  1. Seiri : kerapian, penyusunan. Merujuk kepada tabiat menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan benda yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang. Ini mengurangkan bahaya dan semak yang mengganggu kerja yang produktif.
  2. Seiton : keteraturan. Fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistematik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mesti berada di tempatnya.
  3. Seiso : kebersihan. Menunjukkan kepada perlunya tempat yang kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya.
  4. Seiketsu : piawai. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asas digunakan di setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja.
  5. Shitsuke : mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari.

Tujuan 5S diwujudkan bagi mewujudkan suasana pengurusan yang lebih berkualiti.Apa kata kalau kita jadikan computer mengikut acuan 5S untuk lebih berkualiti .Saya percaya kalau kita menguna kaedah 5S , kita tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk mencari sesuatu file yang disimpan.

directory partition

Perkara pertama yang perlu dilakukan create sekurang-kurangnya dua partition pada hardisk computer.Partition boleh dibuat/create semasa proses install windows atau selepas install windows.Jika ingin membuat partition selepas install windows kita perlu menggunakan software seperti partition magic.Berapa partition yang ada dalam computer boleh di semak dengan click pada My Computer dan dalam Hard Disk Drives akan disenaraikan partition yang ada.Create sekurang-kurangnya dua partition ( secara default C: dan D: ).Dalam partition C install Operating System dan file-file program sahaja manakala partition D sebagai tempat menyimpan data.Perlu di ingat secara defaultnya file yang disimpan dalam My Document yang terdapat pada Desktop disimpan dalam partion C.Kita boleh mengubahnya dengan mengubah setting pada target folder location kepada D.Click kanan mouse pada My Document dan click Properties.Tukar “target folder location” kepada D , click pada Move dan select pada partition D.

Semoga apa yang disampaikan berguna untuk anda semua.Tidak semua yang kita tahu orang lain tahu dan tidak semua orang yang lain tahu kita tahu.

Popularity: 9% [?]

Tutorial Mungkin Berkaitan

  • No Related Post
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More