Anda tahu apa itu tulisan Jawi ? Anda pandai membaca tulisan Jawi ? Anda pandai menulis tulisan Jawi ? Beberapa hari yang lepas seorang pengguna komputer di tempat kerja saya bertanya mengenai software tulisan Jawi.
Soalan beliau .”Ada tak software tulisan jawi ? “.Jawapan saya pada ketika itu tiada dalam simpanan saya.
Dalam hati saya terdetik persoalan berapa ramai agaknya orang Melayu yang pandai menulis dan membaca tulisan jawi.Saya sendiri pun sekadar “merangkak-rangkak” menggunakan tulisan jawi.Kalau dulu boleh dikatakan kemestian dalam menguasai jawi dari segi tulisan dan bacaan.Orang tua dahulu walaupun tidak sekolah masih pandai menulis dan membaca jawi.Kita pulak walaupun mempunyai ijazah sekali pun belum tentu pandai menulis dan membaca tulisan jawi.Untuk memuaskan hati saudara tersebut , saya mula mencari di enjin carian.Dari satu website ke satu website akhirnya saya menemui software percuma yang boleh digunakan untuk menulis dalam tulisan jawi menggunakan Micorsof Office Word.Secara tidak langsung saya sendiri tertarik untuk menguasai jawi dengan adanya software ini.Untuk lebih senang menggunakan software ini anda mesti menggunakan keyboard yang ada tulisan jawi.
Jika berminat untuk mencuba perisian ini anda boleh download secara percuma di al-azim.Software ini disertakan sekali dengan manual untuk menggunakannya.Jika anda ada sebarang maklumat mengenai jawi jangan segan silu untuk berkongsi dengan saya.
Popularity: 54% [?]

February 12th, 2008
Sabri Ahmad
Posted in
Tags: 


Saudara,saya ingin bertanya,software tersebut memang berhasil.Malangnya,ia amat susah untuk di padamkan.Jika saya nak padam,saya perlu menggerakkan ke kanan seperti memadam tulisan rumi.Saudara ada penyelesaian tak?
Reply