
Siapa pernah dengar kartun Upin dan Ipin yang ditayangkan di saluran TV9 pada tahun 2007.Saya merupakan peminat setia kartun ini.Apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai kualiti kartun tersebut.Design yang kreatif , watak yang menarik , script yang mencuitkan hati dan pergerakan watak yang lancar.Saya begitu kagum dengan hasil kerja mereka.Siapa kata orang Malaysia tidak boleh menghasilkan cerita animasi yang setanding dengan negara luar.Tapi saya hairan mengapa kurangnya publisiti untuk kartun keluaran Malaysia.Kurang bermutukah lagi kartun seperti Upin dan Ipin ?.Cuba anda perhatikan berapa banyak kartun Malaysia yang di siar dalam saluran media elektronik tempatan.
Agaknya apa yang lebih pada kartun luar negara berbanding kartun tempatan?Apa yang saya perhatikan kartun tempatan banyak memberi ilmu yang berguna berbanding kartun luar negara lebih kepada hiburan semata-mata kepada kanak-kanak.Marilah kita sama-sama sokong setiap produk keluaran tempatan.Kalau kita tidak sokong siapa lagi yang akan menyokong.
Soalan Cepu Emas
- Software dan peralatan apa yang mereka guna untuk menghasilkan animasi yang begitu cantik?
- Senaraikan kartun tempatan yang anda ketahui ?
Antara episod Upin dan Ipin
Episod 1 : Esok Puasa
[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/7gtR4c4Aahs" width="425" height="350" wmode="transparent" /]
Episod 2 : Dugaan
[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/znG_wuut7Rc" width="425" height="350" wmode="transparent" /]
Episod 3 :Nikmat
[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/4uX0q8bZBQ8" width="425" height="350" wmode="transparent" /]
Maklumat lanjut anda boleh layari Les’ Copaque Production dan gengmovie
Popularity: 44% [?]

March 14th, 2008
Sabri Ahmad
Posted in
Tags: 


Very nice cartoon… I love it indeed!!!!
Reply
memang bagus cerite niw…
Reply
SALAM…
MEMANG BENAR UPIN & IPIN MERUPAKAN SALAH SATU SIMBOL/WATAK KARTUN MALAYSIA YANG TERBAIK.BUKAN ITU SAHAJA MALAH SUASANA DAN PERJALANAN CERITA NYA AMAT MENARIK DAN MELAMBANGKAN BUDAYA MALAYSIA HIDUP DALAM SUASANA BERBAGAI KAUM DAN BUDAYA.ANIMASINYA AMAT MENARIK SERTA ILUSTRASI YANG BEGITU HALUS DAN BERSENI SERTA KREATIF SESUAI DI TONTON OLEH SEMUA PERINGKAT USIA DARI KANAK2 HINGGA PERINGKAT ATUK2.SEMOGA IANYA DAPAT DI BERI PERHATIAN TERUTAMA KERAJAAN MALAYSIA DALAM MEMPROMOSIKAN MALAYSIA KEPERINGKAT ANTARABANGSA.KALAU AMERIKA ADA MICKEY MOUSE DAN DONALD DUCK DAM BERPULUH2 KARTUN MEREKA APA SALAHNYA UPIN DAN IPIN MENJADI KARTUN BAGI MALAYSIA.BAGI SAYA APA SALAHNYA KALAU DIBERI 100 JUTA SEBAGAI RANGSANGAN PINJAMAN ATAU PELABURAN KEPADA WATAK UPIN & IPIN UNTUK DI MAJUKAN UNTUK BAHAN TONTONAN DALAM DAN LUARNEGARA.MUNGKIN IANYA AKAN MEMBERIKAN PULANGAN LUMAYAN KEPADA MALAYSIA DARIPADA MELABUR KE F1 YANG BELUM TENTU MENJANJIKAN APA2 PULANGAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA MALAH MERUGIKAN LAGI.BETUL TAK…?
Reply
ipin and upin very nice cartoon, i love this cartoon, this cartoon very funny…
Reply