Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kongsiblog pasti sudah mengetahui apa itu system registry.Itulah salah satu kelebihan menjadi ahli VIP dan langgan newsletter kongsiblog :).Sebenarnya banyak lagi yang anda akan dapat setelah menjadi ahli kongsiblog.Apa yang anda akan dapat tidak lama lagi adalah rahsia.Tapi saya menjanjikan satu hadiah yang cukup istimewa.Tunggu hadiah istimewa dari saya yang akan datang khas untuk ahli VIP sahaja.
Read more »
Popularity: 13% [?]
Assalamualaikum dan Salam persahabatan dari kita untuk anda semua.Ini artikel kedua dalam kategori adsense dan perniagaan internet.Saya ada menerima email , supaya saya menerangkan tentang perniagaan internet dari bab pertama sehingga bab tidak terakhir.Dalam mendalami ilmu perniagaan internet , tidak ada bab terakhir.Ini kerana maklumat perniagaan internet sentiasa berubah mengikut teknologi komputer dan internet.
Hadis nabi ada meriwayatkan sembilan daripada sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.Tapi mengapa pada zaman sekarang orang islam kurang berminat dalam perniagaan.Kalau berminat pun dalam skim cepat kaya , kalau bukan skim cepat kaya “said good bye”.Bila agaknya orang kita akan berubah.Cuba perhatikan dan renungi pencapaian bangsa lain sebagai contoh Cina.Pelik betul , mengapa mereka boleh berjaya sehingga ada ramalan mengadakan ekonomi dunia yang kini dikuasai kuasa barat akan di ambil alih oleh orang Cina.Syabas kepada orang Cina.Teruskan usaha anda tanpa melupakan bangsa lain.Mesti anda menjawab kerana mereka mempunyai modal yang banyak.Saya tidak salahkan anda kalau berangapan sedemikian.Saya juga berangapan sebegitu dahulu tapi tidak sekarang.
Read more »
Popularity: 11% [?]
Hari ini saya tertarik untuk mengulas sedikit sebanyak mengenai berita yang disiarkan dalam hmetro semalam.Apa yang menarik sangat tentang berita semalam sehingga memaksa saya untuk menulisnya.Bukan mengenai komputer percuma , bukan mengenai internet percuma , bukan mengenai virus , bukan mengenai software , bukan mengenai aksi lucah artis tetapi mengenai satu kawasan di Kuala Lumpur iaitu Chow Kit digempur oleh tentera Amerika Syarikat pihak berkuasa.Anda mesti kenal Chow Kit lebih-lebih lagi orang muda yang menetap di Kuala Lumpur ibu negara Malaysia.Saya tidak berminat untuk terangkan secara detil mengenai kawasan tersebut tetapi ada maksud lain di sebalik peristiwa yang berlaku.Bagi mereka yang tidak kenal Chow Kit boleh tengok dalam peta secara online yang disediakan oleh Google. Read more »
Popularity: 7% [?]
Semalam semasa saya melayari laman web mozilla firefox saya menemui satu plugin atau dalam mozilla firefox dipanggil add-ons.Plugin ini digunakan untuk download movie atau video dalam bentuk flash yang banyak terdapat dalam laman web seperti YouTube ,Google Video,Metacafe,Liveleak,Revver,IFILM,Myspace,Blip.tv,CollegeHumor,Videojug,Godtube,Veoh,Break,Dailymotion,Movieweb,Jaycut,
Myvideo,Vimeo,Gametrailers,Viddler dan anda tambah kalau anda tahu.Ini adalah salah satu kelebihan Mozilla Firefox berbanding browser internet lain.Nak tahu apa lagi kelebihan add-ons mozilla firefox klik link ini..Memang betul ler laman web berunsur video semakin tinggi permintaan.
Read more »
Popularity: 11% [?]
Sebelum jari tangan saya letih memetik butang keyboard pada hari ini saya ingin membuat satu pengumuman puasa hari raya mengenai video belajar setup windows XP.Video tersebut tidak dapat saya selesaikan dalam minggu ini kerana banyak kerja yang lebih penting yang perlu saya selesaikan.Jika anda sudi menolong saya apa salahnya :).Kalau di izinNya , video tersebut akan siap selewat-lewatnya hujung bulan ini.Kita hanya merancang tuhan yang menentukan segalanya.
Berbalik kepada topik hari ini mengenai beberapa masalah yang dihadapi oleh ahli VIP kongsiblog.Bagi memberi kepuasan kepada mereka yang bertanya , saya memberi peluang kepada anda untuk sama-sama menyelesaikan masalah tersebut jika anda mempunyai kemahiran dan ilmu batin.Terdapat beberapa soalan yang dihantar terlalu umum dan ringkas sehingga saya sendiri tidak faham dengan soalan atau masalah tersebut.Diharapkan sebelum anda menghantar masalah pastikan anda menulis dengan lebih detil berserta dengan contoh kalau boleh.
Read more »
Popularity: 7% [?]