Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Artikel ini khas untuk mereka yang berjawatan sebagai blogger sepenuh masa dan separuh masa.Kalau anda bukan seorang blogger anda tidak akan dipersalahkan untuk membaca artikel seterusnya.
Abang saya tidak faham apa itu blogger?Blogger adalah seorang penulis blog.
Saya begitu tertarik dengan berita yang disiarkan dalam Berita Harian mengenai Segmen khas untuk penulis blog.Ruangan ini akan diwujudkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia.Rancangan ini akan disiarkan oleh RMT1 pada setiap hari Ahad pada Warta Perdana selama 20 minit.
Apa yang saya faham dengan isu ini adalah kerajaan sudah mula nampak akan kuasa blog dalam mempengaruhi masyarakt.Mengikut statistik yang saya baca dalam Utusan Malaysia terdapat lebih kurang 500,000 blog yang ada di Malaysia.Sejauh manakah blog boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat Malaysia.Pada pandangan saya blog memang berkuasa seperti kuasa sihir yang boleh mengubah pemikiran seseorang.Jika kita perhatikan mengapa maklumat dalam bentuk video kurang memberi impak kepada masyarakat?Bila saya renungi memang sifat manusia , bila seseorang membaca , secara tidak langgsung membawa jiwa raga menyelami maksud disebalik artikel yang dibaca.Berbanding dengan maklumat dalam video , kita hanya akan melihat sekadar untuk tayangan mata sahaja tanpa membawa jiwa raga seratus peratus.Itulah kuasa blog yang memang tidak dapat dinafikan pada pandangan saya.
Pada masa sekarang terdapat ramai blogger di Malaysia yang mempunyai agenda tersendiri samada baik dan buruk sehingga ada yang mencadangkan blogger perlu mendaftarkan diri jika ingin bergiat dalam dunia blog.Janganlah kita memaksa pihak tertentu berbuat sedemikian .Bermacam-macam topik atau tujuan blog diwujudkan.Ada yang berbentuk hiburan , peribadi , perniagaan , berkongsi ilmu , hal-hal politik , kemasyarakatan dan bermacam-macam lagi.Apa pun topik yang anda ingin kongsikan saya berharap supaya apa yang anda buat atau bakal buat tidak memburukkan keadaan negara kita.Hidup blogger demi Malaysia.
Popularity: 4% [?]

April 4th, 2008
Sabri Ahmad
Posted in
Tags: 

