Saya percaya masih ramai yang tidak mampu miliki komputer peribadi walaupun harga pasaran komputer yang boleh dikatakan agak murah berbanding sebelum ini.Apa yang saya ingin kongsi hari ini adalah satu teknologi yang boleh dianggap cangih kerana kita mampu miliki komputer peribadi secara percuma.Komputer yang saya maksudkan adalah dalam bentuk maya yang boleh digunakan secara online menggunakan talian internet.
Teknologi ini boleh di kategorikan sebagai virtual pc atau “komputer maya”.Teknologi ini amat sesuai bagi pengguna yang sentiasa bergerak.Dengan menggunakan teknologi ini anda tidak perlu membawa pendrive atau laptop peribadi kemana sahaja.Sebagai contoh jika anda mengikuti kursus anda tidak perlu membawa komputer atau pendrive peribadi.Apa yang perlu hanya komputer yang mempunyai talian internet perlu ada di tempat kursus tersebut .
Teknologi yang saya maksudkan adalah Ghost singkatan bagi Global Hosted Operating System.Untuk menggunakan system ini anda hanya perlu daftarkan diri.Selepas itu anda akan diberi satu id.Id tersebut bertindak sebagai pengenalan diri untuk mengakses virtual pc anda.Anda akan diberi storage bersaiz 5G secara percuma , tidak perlu install dan update program.Anda juga boleh download dan upload file ke komputer peribadi.
Jadi , tidak salah untuk anda mencuba teknologi sebagai salah satu backup untuk komputer anda.Jika berminat untuk mencuba boleh layari http://g.h.o.s.t.Saya sendiri telah mencuba dan hasilnya memang memberangsangkan.Apa pendapat anda tentang teknologi ini ?
Popularity: 11% [?]

May 29th, 2008
Sabri Ahmad
Posted in
Tags: 

