Assalamualaikum dan Salamsejahtera.
Sebelum ini saya ada bercerita mengenai siapa kata kartun Malaysia tidak boleh.Lanjutan dari kisah tersebut saya menemui salah satu animasi buatan Malaysia yang agak menarik untuk dikongsi dengan anda semua.Cerita animasi ini mengisahkan seorang superhero Malaysia yang diberi nama GomoMan.Mungkin mereka yang terlibat menghasilkan animasi ini berasal dari Kelantan kerana nama superhero tersebut adalah GomoMan.Kalau dalam bahasa Kelatan Gomo memberi maksud gaduh/bertumbuk/gocoh.Malaysia Boleh ! Kelantan Boleh.
Episod Buoh Se’to
Di dalam episod ini, superhero Malaysia, GomoMan, telah dicabar oleh makhluk asing, Gondol, untuk bertarung di Dataran TomYam.
[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/EnJPT92AO_E" width="425" height="350" wmode="transparent" /]
Episod Anok Tupa
GomoMan, sebuah animasi superhero Malaysia ciptaan Usop TomYam Jln Doraisamy, kembali beraksi di dalam Episod Anok Tupa.
[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/xZVT6nf1i-M" width="425" height="350" wmode="transparent" /]
Episod Jeruk Mame
Sempena pilihan raya umum Malaysia yang terdekat ini, GomoMan selaku superhero Malaysia kembali beraksi menentang penjahat.Di dalam episod ini, GomoMan kesal kerana telah mengaktifkan kuasa superheronya. Bagaimanapun, apa yang tersurat tidak dapat dielak lagi.Sekali menjadi superhero, selamanya menjadi GomoMan. Kini menjadi tanggungjawap GomoMan untuk mempertahankan bumi dari penjahat.
[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/6Xqaa7hB_04" width="425" height="350" wmode="transparent" /]
Episod Pakoh Memakoh
Animasi superhero Malaysia, GomoMan kembali untuk edisi pengundian Sabtu ini. Saksikan bagaimana GomoMan turun mengundi.
[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/gt5kjla27fg" width="425" height="350" wmode="transparent" /]
Lamanweb rasmi GomoMan.Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam menghasilkan animasi ini.Jika tidak keberantan saya ingin menjemput anda sebagai seorang penulis untuk menulis artikel dalam menghasilkan animasi ini.
Popularity: 20% [?]

June 14th, 2008
Sabri Ahmad
Posted in
Tags: 

