Dunia Sudah Maju Zaman Sudah Berubah-Iklan Berita Harian

Assalamualaikum salam sejahtera.

Hari ini saya begitu tertarik untuk mengulas mengenai iklan berita harian yang terbaru.Berita harian telah mengubah bentuk fizikal dari saiz yang besar menjadi lebih kecil.Saya amat bersetuju dengan bentuk fizikal yang dikecilkan.Semasa menonton iklan tersebut saya tidak bersetuju dengan satu skrip iaitu semasa si ayah meluahkan perkataan “tengoklah budak zaman sekarang , tidak sopan langsung” setelah terkejut dengan lontaran surat khabar dari budak penghantar surat khabar.Selepas itu “si ibu menjawab dunia sudah maju zaman sudah berubah.

Tonton Video Iklan Berita Harian

Apa yang inign saya ulas adalah mengenai moral dari iklan ini.Saya tidak bersetuju langsung dengan skrip iklan tersebut.Adakah kita harus gadaikan kesopanan kita kerana dunia sudah maju zaman sudah berubah.

Adakah kita suka melihat generasi kita akan hilang adab kesopanan yang diwarisi dari nenek moyang kita.

Adakah kita sanggup melihat anak bangsa kita hancur dari segi moral.

Adakah kita sanggup melihat negara kita hancur kerana hilangnya kesopanan.

Adakah kita sanggup melihat ……………… tepuk dada tanyan iman.

p/s : Saya bukan anti Berita Harian.Cuma saya ingin memperbetulkan kesilapan yang mungkin mereka tidak sedar.

Popularity: 13% [?]

Tutorial Mungkin Berkaitan

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Dunia Sudah Maju Zaman Sudah Berubah-Iklan Berita Harian”

  1. airatul says:

    “dunia sudah maju zaman dah berubah”
    kemajuan dan perubahan semasa tidak boleh dikaitkan dengan akhlak dan ciri seseorang individu atau masyarakat. dunia maju bukan bermaksud kita perlu meruntuhkan ketamadunan kita sebagai manusia yang mulia. wajarkah kita meruntuhkannya dengan hanya sekadar title” dunia dah maju”?? sesetengah masyarakat memang pelik tanpa memikirkan yang mana lebih banyak positif atau negitif sesuatu perkara.

    Reply

  2. Info yang bermanfaat. Terima kasih banyak

    Reply

Leave a Reply

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More