Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semua sudah sedia maklum mengenai projek buletinpc yang aku lancarkan pada awal tahun.Namun proses untuk menerbitkan buletinpc terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu namun buletinpc akan tetap diterbitkan.
Untuk sementara waktu web buletinpc dijadikan sebagai web aggregator / blog aggregator yang akan menyenaraikan semua artikel , berita , info , panduan komputer , internet dan teknologi semasa dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia serta bahasa dunia.
Bagi peminat blog komputer seperti aku , aku tidak perlu lagiĀ melayari satu per satu blog untuk membaca dan melihat artikel terkini sebaliknya hanya perlu melayari web aggregator buletinpc untuk melihat update terkini.
Diharap dengan ada blog aggregator ini dapat memberi kemudahan kepada semua pengguna di Malaysia.Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Wanmus , MyWindowXP , MyTasnim dan rakan-rakan lain yang menyokong.Jika anda rasa web aggregator ini berfaedah , tolong sampaikan kepada kawan-kawan.
Popularity: 7% [?]

April 28th, 2009
Sabri Ahmad
Posted in
Tags: 

