Asas Perniagaan Internet Siri 1
Assalamualaikum dan Salam persahabatan dari kita untuk anda semua.Ini artikel kedua dalam kategori adsense dan perniagaan internet.Saya ada menerima email , supaya saya menerangkan tentang perniagaan internet dari bab pertama sehingga bab tidak terakhir.Dalam mendalami ilmu perniagaan internet , tidak ada bab terakhir.Ini kerana maklumat perniagaan internet sentiasa berubah mengikut teknologi komputer dan internet.
Hadis nabi ada meriwayatkan sembilan daripada sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.Tapi mengapa pada zaman sekarang orang islam kurang berminat dalam perniagaan.Kalau berminat pun dalam skim cepat kaya , kalau bukan skim cepat kaya “said good bye”.Bila agaknya orang kita akan berubah.Cuba perhatikan dan renungi pencapaian bangsa lain sebagai contoh Cina.Pelik betul , mengapa mereka boleh berjaya sehingga ada ramalan mengadakan ekonomi dunia yang kini dikuasai kuasa barat akan di ambil alih oleh orang Cina.Syabas kepada orang Cina.Teruskan usaha anda tanpa melupakan bangsa lain.Mesti anda menjawab kerana mereka mempunyai modal yang banyak.Saya tidak salahkan anda kalau berangapan sedemikian.Saya juga berangapan sebegitu dahulu tapi tidak sekarang.
Kalau dahulu memang susah untuk memulakan perniagaan tapi tidak sekarang kerana banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta menawarkan pinjaman atau modal untuk memulakan perniagaan.Mesti anda kata memang banyak tapi susah nak dapat.Memang susah nak dapat kalau anda tidak dapat menyakinkan pihak berkenaan.Kalau hendak seribu daya kalau tidak hendak sejuta alasan.Cukuplah setakat itu mukadimah saya , nanti orang cakap saya kuat membebel.
Kita teruskan agenda seterusnya pada hari ini iaitu mengenai salah satu perniagaan yang semakin diminati.Perniagaan ini memang senang diusahakan walaupun anda tidak mempunyai satu ringgit.Perniagaan yang saya maksudkan adalah perniagaan online atau internet.”Saya kurang percaya dengan perniagaan internet”.Makluman , bagi mereka yang tidak mempercayai perniagaan internet sila tutup browser internet anda
. Acah jer jangan marah erk , nanti kena jual.Kalau anda tidak mempercayai teruskan membaca artikel ini hingga ke hujung dunia akhir.
Salah satu punca anda tidak mempercayai perniagaan internet adalah mungkin anda pernah dengar tentang penipuan yang berlaku.Saya tidak menafikan memang terdapat penipuan dalam perniagaan internet.Kita akan tertipu jika kita tidak mempunyai ilmu.Kalau dalam perniagaan offline , tidak ada unsur penipuan ke? . Jadi semuanya ada unsur penipuan.Ramai usahawan-usahawan internet yang telah berjaya sebagai contoh Dr Irfan Khairi yang berstatus jutawan muda hasil pendapatan internet selama 3 tahun.Kalau perniagaan offline boleh ke bergelar jutawan muda dalam masa tiga tahun.Boleh tapi lain cara berkerjanya.Artikel ini akan bersambung di episod Asas Perniagaan Internet Siri 2.Sebagai penutup apa kata kita tengok video Dr Irfan Khairi.
Popularity: 11% [?]













April 10th, 2008 at 10:43 am
very good article , give us free knowledge. thanks
[Reply]
April 10th, 2008 at 10:44 pm
ensem.. tidak kisahkah anda jika ditag di http://www.mywindowsxp.info/2008/04/tentang-dekan.html . Hehe.. selamat membalas, jika rajin.
Dekan’s last blog post..Tentang Dekan
[Reply]
April 22nd, 2008 at 8:34 am
Apa yang hendak diniagakan kalau tak ada duit dalam internet ni. Cuba jelaskan kepada saya sikit.
[Reply]
April 22nd, 2008 at 3:09 pm
tunggu siri kedua yea…jangan lupa jadi ahli untuk tidak ketinggalan….
[Reply]