Mengesan Ancaman Malware

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya meneruskan artikel mengenai malware seeloknya kita berkenalan terlebih dahulu dengan malware.Bukan berkenalan untuk menjalinkan hubungan tetapi berkenalan bagi menentang dan mengelak bagi terkena “jerat percintaannya”.

Prevx CSI

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicius’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Salah satu Malware yang mula-mula disebarkan adalah cecacing yang telah direka oleh seorang pelajar Cornell University, Robert Morris pada tahun 1998. Tujuan asalnya ialah untuk latihan bagi menguji dan mengukur saiz Internet. Namun telah berlaku kesilapan dalam pengekodan menyebabkan cecacing tersebut telah berupaya menyalin semula dan tersebar meluas ke beribu-ribu komputer di seluruh dunia.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Pengguna selalunya tidak sedar, bahawa sebahagian perisian yang dimuat turun dari internet yang digunakan sebenarnya adalah merbahaya kerana penyamaran yang dilakukan. Teknik inilah yang telah digunakan oleh kebanyakan virus trojen. Teknik yang dikenali sebagai ‘rootkits’ menawarkan penyembunyian Malware daripada pengetahuan pengguna dan menghalang daripada dikesan oleh program anti virus.

Kemunculan lebih banyak rangkaian sosial seperti YouTube, MySpace dan sebagainya akan menggalakkan lagi penyebaran Malware. Penyebaran ini juga boleh berlaku melalui pautan pada ruangan forum, sembang talian, pautan video dan ruangan berita.

Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.Artikel ini dipetik dari Kementerian Penerangan Malaysia

Untuk mengesan malware kita memerlukan software yang dapat mengesan kehadiran malware dalam komputer`.Salah satu software yang boleh digunakan secara percuma adalah Prevx CSI - Free Malware Scanner.Software ini boleh di download dan diguna secara percuma dan boleh digunakan pada Windows XP, Vista, 2003, 2000 SP4 .Terdapat banyak lagi software yang boleh digunakan secara percuma tetapi harus berhati-hati kerana sesetengah software tersebut adalah “perangkap samar”.Jika anda search keyword malware scan , malware scanner atau free malware scanner di enjin carian google sebagai contoh , memang banyak link yang menceritakan kisah suka duka malware.Akhir sekali dari saya hidup komputer tanpa malware.Jika anda sering menghadapi masalah mengenai virus , anda disarangakn membaca artikel yang saya kongsi sebelum ini tip-tip menghalang serangan virus.

Jika anda mempunyai software yang anda rasa berguna untuk dikongsi bersama , jangan “kedekut ilmu”. :)

.Tengok video mengenai firefox dan malware klik disini.

Popularity: 14% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

3 Responses to “Mengesan Ancaman Malware”

  1. Uncle G On

    dulu pakcik suka gunakan spybot dengan ad-aware. lepas tuh pakai plak superantispyware (semua free).. skarang sejak pakai linux pakcik takyah runsing lagi dah.. antivirus pon pakcik tak pakai dah

    [Reply]

  2. Mohd Ismail On

    entah nape.. aku mcm x peduli sgt bab2 virus malware spyware ke apa.. he he.. install Avira, on firewall.. itu je la yg aku buat..

    agak2 loading mcm sial lambat, aku format…ha ha

    [Reply]

    Sabri Ahmad Reply:

    ermmm aku pun lebih kurang ko sebenarnya..klu kita dapat buang virus pun komputer tetap akan ada effect jugak sebagai contoh “slow”…jalan terbaik format ler :)

    [Reply]

Leave a Reply