PicWalker-Viewer bagi mereka yang suka membaca komik/manga

Bagi mereka yang gemar membaca komik atau manga, pic walker merupakan antara perisian terbaik yang boleh digunakan.
Perisian ini boleh didownload di www.snapfiles.com.

1.Saiz amat kecil:
Percaya atau tidak perisian ini hanya mempunyai saiz sebesar 654kb sahaja tetapi fungsi yang pelbagai. Jadi tidak menyakitkan untuk anda mencubanya. Tambahan pula perisian ini adalah percuma.

2.Tak perlu ekstrak:
File yang berada di dalam format rar atau zip tidak perlu diekstrak untuk memaparkannya. Perisian ini mempunyai keupayaan untuk memaparkan kesemua file yang berformat gambar walaupun file tersebut berada dalam format zip atau rar.

3.Setiap page disambung secara terus:
Anda boleh mensetkan untuk menyambung setiap page dengan cara klik kanan dan dan klik ‘continuous pages’. Dengan ini, anda hanya perlu menekan anak panah bawah untuk membaca atau menggunakan mouse untuk mendrag gambar dari atas ke bawah.

3.Zoom dan resample:
Anda boleh menggunakan kunci + atau - untuk membesar dan mengecilkan gambar. Pada default setting, gambar yang dibesar atau dikecilkan akan menjadi pecah dan buruk.
Jadi ubah setting untuk resample pada Tools >> Options >> Resampling filter for zoom >> Lanczos >> Ok.

4.Menjimatkan ruang:
Bagi penggemar komik virtual, kebanyakan episod didatangkan dalam bentuk zip dan rar supaya lebih mudah untuk diuruskan disamping menjadikan saiznya lebih kecil. Dengan tidak perlu mengestrak file tersebut, PC pasti lebih terurus dan menjimatkan ruang.

5.Boleh dijadikan portable PicWalker:
Sebenarnya perisian ini tidak terdapat dalam versi portable(mudah alih). Akan tetapi sekiranya anda mengistallkannya dalam thumb drive anda (ex: H:\Picwalker), anda masih boleh menggunakannya apabila thumb drive anda dipasang pada PC lain. Dengan ini, anda tidak perlulah menginstall lagi perisian tersebut di PC lain.

6.Kemudahan yang terdapat pada viewer lain turut terdapat di sini seperti batch rename(mengubah nama file secara banyak) dan kemudahan edit gambar.

Popularity: 4% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

Comments are closed.