Software Tulisan Jawi

Anda tahu apa itu tulisan Jawi ? Anda pandai membaca tulisan Jawi ? Anda pandai menulis tulisan Jawi ? Beberapa hari yang lepas seorang pengguna komputer di tempat kerja saya bertanya mengenai software tulisan Jawi.

Soalan beliau .”Ada tak software tulisan jawi ? “.Jawapan saya pada ketika itu tiada dalam simpanan saya.

Dalam hati saya terdetik persoalan berapa ramai agaknya orang Melayu yang pandai menulis dan membaca tulisan jawi.Saya sendiri pun sekadar “merangkak-rangkak” menggunakan tulisan jawi.Kalau dulu boleh dikatakan kemestian dalam menguasai jawi dari segi tulisan dan bacaan.Orang tua dahulu walaupun tidak sekolah masih pandai menulis dan membaca jawi.Kita pulak walaupun mempunyai ijazah sekali pun belum tentu pandai menulis dan membaca tulisan jawi.Untuk memuaskan hati saudara tersebut , saya mula mencari di enjin carian.Dari satu website ke satu website akhirnya saya menemui software percuma yang boleh digunakan untuk menulis dalam tulisan jawi menggunakan Micorsof Office Word.Secara tidak langsung saya sendiri tertarik untuk menguasai jawi dengan adanya software ini.Untuk lebih senang menggunakan software ini anda mesti menggunakan keyboard yang ada tulisan jawi.

Jika berminat untuk mencuba perisian ini anda boleh download secara percuma di al-azim.Software ini disertakan sekali dengan manual untuk menggunakannya.Jika anda ada sebarang maklumat mengenai jawi jangan segan silu untuk berkongsi dengan saya.

Popularity: 29% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

7 Responses to “Software Tulisan Jawi”

  1. Abooain On

    Salam,

    Apabila terbaca mengenai tulisan jawi tergerak hati saya untuk memaklumkan di sini bahawa sebenar terdapat satu software yang dikeluarkan oleh seorang ustaz/pensyarah salah satu kolej di Kedah iaitu Jawi Translater 3.0 yang mendapat kelulusan dari DBP. Banyak kelebihan perisian ini antaranya ejaan Jawi adalah yang terkini dan disemak dan disahkan oleh DBP dan amat sesuai untuk J-QAF dan mempunyai 60,000 daftar jawi. Oleh sebab beberapa kelebihannyalah menyebabkan saya memohon untuk menjadi dealer bagi perisian ini - sehingga sekarang dah hampir 2 tahun saya menjadi dealer dan 1 tahun dealer secara Online.

    Ramai yang tidak tahu tentang perisian Jawi ini yang sememangnya membantu ramai orang, terutama para guru J-QAF. Perisian ini adalah perisian ORIGINAL dan harganya adalah berpatutan…..

    Jawi Translater 4.0 sudah keluar tetapi harga agak mahal jadi saya hanya menumpukan perhatian kepada versi 3.0 je sebab harganya yang mampu-milik! Versi Vista pun akan dikeluarkan tetapi sehingga sekarang belum mendengar khabar berita lagi.

    Martabatkan Tulisan Jawi!!!

    p.s-maaf, admin jika komen saya ini tidak sesuai -boleh delete! Terima Kasih

    Abooain’s last blog post..RAJA AFFILIATE - PANDUAN BAGI AFFILIATE MARKETER!!!

    [Reply]

  2. Teo Kin Teng On

    Terdapat software Jawi dengan nama “Jawiwriter” yang telah dipasarkan bertahun-tahun. Saya juga menggunakannya untuk menaip Jawi. Saya seorang jurubahasa.

    [Reply]

  3. Teo Kin Teng On

    Software tersebut boleh didapati di merata tempat di Kuala Lumpur, seperti Saba Islamic Media di Kampong Baru dan di Pustaka Mukmin di Jalan TAR.

    [Reply]

  4. SHAHEIZ On

    best lah software ni..dah lamacari..http://redzone-shaheiz.blogspot.com

    SHAHEIZs last blog post..SOFTWARE

    [Reply]

  5. AzizMostafa On

    Semoga Berjaya

    AzizMostafas last blog post..good, I hope everyone voted

    [Reply]

Leave a Reply