Dimanakah Kita Sebagai Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam persahabatan dari kita selaku admin kongsiblog.Ada pelawat tanya saya kenapa nama blog ini sebagai kongsiblog ? “Lu fikir ler sendiri” , kata-kata saudara Nabil perserta raja lawak astro musim kedua yang tengah top di astro ceria.Saya bukan agen astro , cuma sekadar berjenaka dengan peminat setia kongsiblog.Tunggu jawapan di episod akan datang :).

Kita tinggalkan isu raja lawak astro dan fokus kepada apa yang saya ingin suarakan.Kita tinggalkan juga isu computer dan internet yang menjadi topik utama kongsiblog.Kisah ini sudah lama ditayangkan di saluran kehidupan kita , cuma baru hari ini terdetik difikiran saya untuk saya tayangkan di kongsiblog dalam kategori Malaysia.Mari lah kita sama-sama renungi dah hayati kisah suka duka 3 anak-anak Malaysia yang masih jauh perjalanannya jika diizinNya.Walaupun banyak lagi kisah suka duka anak-anak Malaysia kisah 2 kanak-kanak ini menjadi perhatian rakyat Malaysia khususnya.

Kisah Sedih Nurin Jazlin Binti Jazimin.

nurin jazlinSaya tidak akan tulis episod ini dengan panjang lebar cukuplah sekadar pengenalan sahaja bagi membangkitkan kealpaan kita terhadap kisah sedih ini yang belum selesai.Episod kisah sedih adik Nurin Jazlin bermula pada 20 Ogos 2007.Kehilangan Nurin Jazlin disedari hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam berhampiran rumah di Wangsa Maju.Pada 17 Sepetember 2007 mayat Nurin Jazlin ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama.Itulah serba sedikit kisah sedih Nurin Jazlin.Kalau ingin ikuti kisah Nurin Jazlin boleh baca di blog Nurin Jazlin .Sehingga kini penjenayah yang membunuh Nurin Jazlin masih belum ditangkap.Siapakah dan dimanakah pembunuh Nurin Jazlin ? Bermacam-macam jawapan yang boleh kita bagi namun yang pasti Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya.Marilah kita sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah adik Nurin Jazlin dan kita sama-sama berdoa agar mereka yang terlibat dengan pembunuhan adik Nurin Jazlin kembali ke pangkal jalan.

Kisah Sedih Sharlinie Mohd Nashar

Sharlinie Mohd NasharSatu lagi kisah sedih rakyat Malaysia adalah kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar yang belum terjawap sehingga kini.”Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.”Maklumat lanjut anda boleh baca di laman web Utusan Malaysia.

Adakah negaraku Malaysia semakin dibanjiri dengan manusia yang bertopengkan binatang.Adakah negaraku Malaysia semakin maju dari fizikal tapi semakin hancur dari segi rohaninya.

Adakah semakin hari semakin dilupakan kisah kedua-dua anak kecil ini ? .Pandangan saya ” semakin dilupakan ” , saya berpendapat sebegitu kerana melihat reaksi sekeliling.Adakah ini budaya orang kita ? Boleh diumpamakan sebagai goreng pisang panas.Bila masih panas dalam mulut , bila sejuk tong sampah tempatnya.

Popularity: 10% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

2 Responses to “Dimanakah Kita Sebagai Rakyat Malaysia”

  1. titan Says:

    Ehm..its hard to talk about that. BUt we need to take action right?

    titan’s last blog post..Gokita Advertiser Program

    [Reply]

  2. megat Says:

    Difikirkan secara keseluruhan, silap sikap orang kita juga. Fikirkan dari segala sudut dan akan dapat jawapannya.

    megat’s last blog post..Temuduga

    [Reply]

Leave a Reply