Komputer Indah Komputer Buruk

powermate-p3020Sunguh klasik tajuk hari ini “Komputer Indah Komputer Buruk” seperti bahasa melayu tulen.Entah sesuai atau tidak tajuk yang saya ilhamkan sempena dengan artikel yang akan saya coretkan sebenatar lagi.Kalau ia tidak sesuai , eloklah diperbetulkan.

Pada satu hari minggu yang lepas saya telah berkungjung ke PC Fair 2008 yang berlangsung di KL Convention Centre, Kuala Lumpur.Ini adalah kali pertam diadakan di KL Convention Centre, Kuala Lumpur yang mana sebelum ini diadakan di PWTC.Memang betul ramai pengunjung sehingga tiada jarak pemisah antara pengunjung dengan pengunjung yang lain.PC Fair 2008 memang betul memberangsangkan saya sehingga menjilat jari :).Bermacam-macam jenis komputer , aksesori komputer dan telekomunikasi terkini yang dipamer untuk dijual bukan untuk diberi percuma.Kalau saya hendak bercerita pasal susana di PC Fair memang tidak habis sampai ke petang.

Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah mengenai satu model komputer terbaru keluaran NEC iaitu POWERMATE P3020.Model ini memang memikat hati saya kerana menyerupai komputer keluaran Apple iaitu Imac.Saya memang peminat Apple tetapi kerana harganya yang mahal terpaksa saya menangguhkan keinginan untuk membelinya.Kemungkinan besar saya akan membeli POWERMATE P3020.Kalau anda hendak tahu bukan saya seorang sahaja yang terpikat , KOSMO pun terpikat sehingga mengeluarkan satu artikel mengenai NEC POWERMATE P3020.Kalau anda rasa murah hati boleh tolong belikan saya POWERMATE P3020 :).

Alang-alang bercerita pasal KOSMO , apa kata kita sama-sama membaca 3 artikel yang disiar dalam KOSMO mengenai teknologi komputer dan internet.

Artikel pertama berkisar tentang kecanggihan komputer pada masa akan datang.Pada masa akan datang komputer boleh menilai kecantikan seorang wanita.Mungkin selepas porgram ini terbukti berkesan pertandinga ratu cantik dunia akan dinilai oleh komputer.Petikan KOSMO , “Bagi pengkaji di sebuah universiti di Asia Barat, jawapannya adalah tidak semestinya. Saintis berkenaan, Amit Kagian, telah membangunkan satu perisian untuk komputer menilai kecantikan wanita. Penemuan itu adalah satu langkah terkehadapan dalam menghasilkan ‘kebijaksanaan buatan’ dalam komputer. Aplikasi perisian itu juga dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah.”Baca selanjutnya di KOSMO.

Artikel kedua dan ketiga berkisar tentang keburukan teknologi komputer dan internet.Kisahnya berbunyi begini internet serang wanita.Ingatkan diserang lelaki bertopeng.Macam mana agaknya internet boleh menyerang wanita , bagaimana pula denga lelaki.Baca seterusnya di KOSMO.

Artikel terakhir yang menarik perhatian saya adalah komputer perlahan boleh menyebakan tekanan.Betul tak ? Bagi saya memang tepat sekali , saya sendiri sering mengalami tekanan perasaan akibat komputer perlahan dan internet perlahan.Mungkin disebabkan tekanan dengan teknologi , umur orang zaman sekarang semakin singkat.Sebenarnya masalah-masalah ini boleh diatasi dengan sedikit ilmu pengetahuan tentang komputer dan internet.Kalau ingin belajar lebih lanjut tentang komputer dan internet jangan lupa jadi ahli kongsiblog.Cukuplah setakat ini huraian saya pada hari ini memandangkan saya sudah mengantuk.Sebelum saya terlupa anda boleh baca artikel mengenai tekanan teknologi komputer di KOSMO sekali lagi.

Popularity: 16% [?]

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • bodytext
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

3 Responses to “Komputer Indah Komputer Buruk”

  1. sarah Says:

    kita boleh tukar link blog,blog saya berkenaan komputer.saya akan masukkan link blog dekan pulak nanti.(saya baru belajar):)

    sarah’s last blog post..Edit Windows Xp

  2. loque Says:

    yeah..
    arini kat tempat aku plak ade pc fair!

    loque’s last blog post..flyer yg di update!

  3. Din Beramboi Says:

    hoho..aku pernah pakai apple. Harga dia mmg mahal..masa beli tahun 2005, harganya RM3800. Skang dah jual..huhu.

Leave a Reply