Archive for the ‘Hardware Komputer’ Category

Hati-Hati Password CMOS Laptop Acer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peminat komputer dan internet.
Sekarang saya ingin kongsi satu masalah mengenai Laptop Acer (tidak semua model ) atau pun mungkin akan terjadi kepada laptop jenama lain.Seorang pengguna laptop menemui saya , bagaimana hendak clear / hapuskan password BIOS . Sedangkan beliau tidak pernah create / buat password untuk BIOS.

e-bar-dt

(more…)

Popularity: 7% [?]

Jenis-Jenis Mouse

Mouse atau dalam Bahasa Melayu di panggil tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan sebagainya tetap memerlukan mouse.Mouse boleh diibaratkan sebagai tangan manusia.Tanpa mouse kita tidak dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh dilakukan menggunakan keyboard.

Mouse berfungsi sebagai pengerak cursor pada skrin monitor.Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan mouse ke komputer iaitu :

  1. Standard Serial Mouse.
  2. PS2
  3. USB
  4. Wireless

Antara ciri-ciri fizikal pada mouse pada masa sekarang : tetikus bebola dengan wayar , tetikus bebola tanpa wayar , tetikus optik/laser dengan wayar , tetikus optik/laser tanpa wayar.Kebiasanya pada mouse terdapat 2 hingga 3 butang yang mana mempunyai fungsi yang tertentu.Secara default , butang sebelah kiri untuk membuka atau memulakan sesuatu program atau data.Butang yang kanan pula untuk melihat properties file atau program tersebut.Namun begitu setting tersebut boleh diubah mengikut kesesuain pengguna dengan klik pada “Start – Setting – Control Panel – Mouse”.

Popularity: 37% [?]

Mengenali Komponen Asas Komputer

  1. Casing-casing adalah untuk menyokong dan melindungi sistem dan perkakasan dalam dari habuk,debu,kotoran dan objek-objek lain.
  2. Suis Kuasa(Power Swith) – suis kuasa merupakan set elektrik yang menghubungkan komputer dengan litar kuasa.
  3. Papan Induk ( Motherboard) – Papan induk merupakan jantung kepada sistem komputer.Ia mempunyai banyak bentuk dan jenis yang merupakan pusat bagi semua komponen lain seperti memori , papan kekunci , kad video , moden dan sebagainya.
  4. Pemproses (CPU)  -Merupakan otak kepada sistem komputer.Didalamnya terkandung berjuta-juta transisitor , diod , perintang.
  5. Memori (RAM) – Memori adalah alat ingatan sementara.
  6. Cakera Liat (Hardisk) -untuk tujuan storan/simpanan data untuk sistem operasi , program dan data user.
  7. Pemacu Diskte (Floppy Drive)
  8. Pemacu CD ROM – untuk play cd
  9. Mouse
  10. Keyboard
  11. Monitor.

Popularity: 29% [?]

Pasang Printer Di Komputer

Printer adalah satu aksesori computer yang berfungsi sebagai pencetak.Pada zaman dahulu seorang kekasih ingin mengutuskan surat perlukan pen dan kertas.Kalau yang tulisan cantik memang suka mengutus surat bagaimana dengan mereka yang tulisannya kurang cantik “tulisan doctor”.Pada hari ini ia hanya perlu menaip di computer dan cetak di kertas menggunakan printer secara tidak langsung tulisan tidak cantik menjadi lebih cantik malah boleh pelbagaikan jenis tulisan.

Printer semakin berkembang mengikut arus kecanggihan teknologi.Dulu printer hanya sekadar pencetak tapi pada zaman sekarang printer digabungkan dengan perbagai fungsi seperti sebagai scanner,mesin fax dan sebagainya.

Hari ini saya akan menerangkan dengan serba ringkas berserta dengan gambar bagaimana untuk pasang printer di computer.Sesiapa sahaja mampu lakukan asalkan ada keinginan untuk mencuba.Yang penting berani mencuba.Sebelum anda install driver printer tersebut anda seharunya menyambung printer ke computer anda.

Kabel LPT

kabel lpt printer

Kabel USB

kabel usb

Langkah-Langkah :

Klik pada Start – Setting – Printer & Faxes

Satu Active Windows akan keluar. Double klik pada Add Printer

Satu screen Add Printer Wizard akan keluar.Pilih Local printer attached to this computer.Tip pada Auttomatically detect and install my Plug and Play printer jika ingin install secara automatic.Jangan tip jika ingin install secara manual.Disini saya menerangkan secara manual.Klik next

Seterusnya Select a Printer Port.Jika printer anda menggunakan port LPT klik pada LPT1.Jika menggunakan USB klik pada USB.Klik Next

Ini adalah bahagian untuk pilih model printer.Pilih model printer.Jika tiada masukkan cd atau disket yang dibekalkan bersama printer dan klik pada Have Disk.Klik Next

Masukkan nama printer tersebut kebiasan secara default akan keluar sendiri.Klik Next

Akhirnya selesai.Klik pada Finish.Anda sudah berjaya pasang dan install driver pada computer anda.

Download Artikel Penuh Berserta Dengan Gambarajah

Popularity: 17% [?]

Manual Format Disket

Apakah disket?Disket adalah satu “media storage” / penyimpan data yang boleh diubahsuai.Dalam windows nama peralatan ini adalah disebut sebagai  “Floppy A”. Semua pengguna komputer sudah biasa menggunakan disket untuk menyimpan data-data yang saiznya tidak melebihi 1.44MB.File yang biasa disimpan dalam disket seperti file Microsof Office Word,Excell dan lain.Tahukah anda sebelum menggunakan disket tersebut kita harus “format” disket tersebut.Format bermaksud menghapuskan sebarang data yang terdapat dalam disket tersebut.Ini penting bagi menentukan samada disket tersebut masih boleh digunakan atau tidak dan mengelak file yang kita bakal simpan cepat rosak.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk format disket adalah.Masuk My Computer,Letakkan mouse pada floppy a,klik kanan mouse,klik pada format,masukan volume label jika ingin,pada format options tip pada quick format jika ingin cepat,seelok-eloknya jangan tip,klik start,satu warning mesej akan keluar,klik ok untuk teruskan.Akhir sekali disket anda sudah siap diformat.

Popularity: 10% [?]

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More