Asas Buat Banner Guna Adobe Photoshop

How to design simple banner ?
Bagaimana membuat banner simple dengan Adobe Photoshop ?

Tutorial kali ini saya akan menerangkan bagaimana membuat banner.Kebiasaanya banner bersaiz 468px X 60px . Dengan bahasa yang mudah difahami 468px adalah saiz lebar/width dan 60px adalah ketinggian/height.

Terdapat banyak software-software yang diguna untuk membuat banner.Software yang biasa diguna jika anda mengguna Operating System Windows adalah Adobe Photoshop.Pastikan anda mempunyai software Adobe Photoshop pada komputer kerana saya akan menerang secara ringkas cara membuat banner mengguna Adobe Photoshop.

Langkah-Langkah

Buka Adobe Photoshop

Klik pada File dan New.Masukkan nilai 468 pixels pada ruangan Width dan 60 pixels pada ruangan Height dan klik ok.Seperti screenshot dibawah :

screenshot buat banner

Langkah seterusnya “warna background”.Klik pada set foreground colour dan pilih warna yang dikehendaki yang terdapat pada tools disebelah kiri.Selepas itu klik menu Edit dan Fill.

Klik pada Type Tool (simbol T) yang terdapat pada tools untuk memasukkan teks.Taip perkataan yang dikehendaki.Select All pada teks tersebut untuk menukar warna , jenis fonts dan lain-lain setting.

screenshot2 photoshop buat banner

Akhir sekali klik pada File dan Save.Masukkan nama file terebut dan jenis format file terebut.Kebiasaan file banner dalam format jpg,gif dan png.

Buku Panduan Buat Banner dan Cover eBook

p/s : Saya tulis artikel ini sebagai menjawab email dari saudara Wong Fei Hong.Terima kasih dengan soalan anda.

Popularity: 12% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

Leave a Reply