Cookies…Baik dan buruknya
Kalau tiada cookies:
Katakanlah anda telah login ke emel anda. Setiap kali anda ingin menukar page seperti membaca emel yang berlainan, anda terpaksa memasukkan semula kata laluan anda. Ini kerana setiap page akaun anda dilindungi kata laluan.
Mudahnya jika ada:
Dengan cookies, apabila anda memasukkan maklumat ketika login, file cookies akan di simpan di hard disk anda. Apabila anda ingin pergi ke page yang lain di dalam akaun anda, web server terus mengenali anda berdasarkan cookies tadi.
Session:
Setiap cookies terdapat sesinya sendiri. Contohnya untuk emel, sekiranya anda tidak logout dan terus tutup pelayar internet sesi cookies tersebut akan lupus secara automatik.Ini bermakna apabila anda ingin memasuki semula akaun anda, username dan kata laluan perlu dimasukkan semula.
Namun, sekiranya anda menggunakan fungsi “remeber me” yang terdapat pada ruangan login, maka session anda tiada time-out atau tarikh lupus. Ini bermakna anda tidak akan sampai ke login page tetapi terus ke akaun anda.Hanya sesuai digunakan pada komputer peribadi.
Session jenis inilah yang terdapat pada friendster.com kerana sekiranya anda terlupa untuk logout maka user lain yang ingin pergi ke laman utama akan sampai ke akaun anda dahulu.Dengan ini akaun anda boleh diubah sesuka hatinya.
Matikan session:
Sekiranya anda malas logout, tidak mengapa. Apa yang perlu anda buat hanyalah membuang “private data” yang disimpan. Untuk Internet Explorer anda boleh membuang pada Tools >> Internet Options. Cari bahagian Cookies dan delete.
Anda juga boleh menggunakan perisian ccleaner untuk memadamkan cookies. Tambahan pula adalah tidak merugikan untuk mempunyai perisian ini memandangkan ia boleh digunakan untuk menyusun registry dan menyenaraikan file-file yang tidak perlu bagi mengoptimakan PC anda.
Perisian ini boleh didapati secara percuma di http://www.ccleaner.com.
Popularity: 7% [?]












