Web Proxy…Baik dan buruknya
Sekiranya sesuatu laman web di CC atau makmal komputer di kolej anda di blok oleh websense atau firewall. Anda masih boleh membukanya dengan menggunakan web proxy iaitu dengan memasuki laman web tersebut menggunakan proxi milik orang lain. Websense dan firewall berkesan di bawah arahan server atau administrator, memandangkan proxi tersebut bukannya milik server kolej anda, maka mereka tidak dapat mengesannya apatah lagi memblok.
Dapatkan penerangan lanjut mengenai web proxy di sini.
Mengapa terdapat pihak yang sanggup menyediakan web proxy secara percuma? Apakah faedahnya kepada mereka?
Sekiranya anda merupakan jutawan atau orang penting, kemungkinan besar mereka boleh mengetahui username dan password anda sekiranya anda menggunakan proxy tersebut untuk mengakses laman web yang memerlukan login. Ini menyebabkan mereka mampu mencuri maklumat penting daripada anda. Tetapi sekiranya anda hanya pelajar, mereka mungkin teringin untuk mendapatkan surfing habit dan emel adress anda. Kebanyakan server kolej memblok friendster, jadi amat mudah untuk mereka mendapatkan emel anda apabila anda login di friendster dengan menggunakan web proxy mereka.
Maklumat-maklumat tersebut akan dijual kepada pihak ketiga dan akibatnya anda akan mendapat emel spam (ini mungkin bukan masalah besar).
Kemungkinan besar juga mereka mendapat keuntungan melalui iklan. Setiap page yang anda pergi menggunakan web proxy sebenarnya masih berada di bawah laman web tersebut. Dengan ini, mereka dapat meletakkan iklan-iklan mereka pada setiap page (kebiasaanya pada bahagian teratas dan terbawah supaya tidak mengganggu user).
Berikut merupakan langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil sekiranya anda masih mahu menggunakan web proxy:
1.Jangan menggunakan web proxy untuk memasuki akaun emel jika risau password anda terdedah.
2.Bina sekurang-kurangnya 1 username dan 3 password. Satu untuk emel, satu untuk forum, dan satu lagi untuk perkara-perkara lain yang kurang penting (seperti friendster, myspace, dan website untuk mendownload).
Popularity: 10% [?]












