Miliki Komputer Peribadi Online

logo global hosted operating systemSaya percaya masih ramai yang tidak mampu miliki komputer peribadi walaupun harga pasaran komputer yang boleh dikatakan agak murah berbanding sebelum ini.Apa yang saya ingin kongsi hari ini adalah satu teknologi yang boleh dianggap cangih kerana kita mampu miliki komputer peribadi secara percuma.Komputer yang saya maksudkan adalah dalam bentuk maya yang boleh digunakan secara online menggunakan talian internet.

Teknologi ini boleh di kategorikan sebagai virtual pc atau “komputer maya”.Teknologi ini amat sesuai bagi pengguna yang sentiasa bergerak.Dengan menggunakan teknologi ini anda tidak perlu membawa pendrive atau laptop peribadi kemana sahaja.Sebagai contoh jika anda mengikuti kursus anda tidak perlu membawa komputer atau pendrive peribadi.Apa yang perlu hanya komputer yang mempunyai talian internet perlu ada di tempat kursus tersebut .

Teknologi yang saya maksudkan adalah Ghost singkatan bagi Global Hosted Operating System.Untuk menggunakan system ini anda hanya perlu daftarkan diri.Selepas itu anda akan diberi satu id.Id tersebut bertindak sebagai pengenalan diri untuk mengakses virtual pc anda.Anda akan diberi storage bersaiz 5G secara percuma , tidak perlu install dan update program.Anda juga boleh download dan upload file ke komputer peribadi.

Jadi , tidak salah untuk anda mencuba teknologi sebagai salah satu backup untuk komputer anda.Jika berminat untuk mencuba boleh layari http://g.h.o.s.t.Saya sendiri telah mencuba dan hasilnya memang memberangsangkan.Apa pendapat anda tentang teknologi ini ?

Popularity: 10% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

8 Responses to “Miliki Komputer Peribadi Online”

  1. rohaizad On

    aku dah try dan ok gak.
    cuma biasalah… agal slow sket. anyway, aku suka ngan features dia… ada games tuh…

    lagi satu, aku suka ngan Ghost notepad dia…. :)

    [Reply]

  2. GnomeFan On

    bagi saya..
    macam ni bukan lah ‘memiliki’ komputer peribadi.. tetapi lebih kepada memiliki hard drive peribadi kerana anda hanya memiliki storage space sahaja :D
    pendapat ku aje la ye! :P

    [Reply]

  3. wan wma On

    Menarik, satu fungsi yang memang diperlukan!

    [Reply]

  4. syafsp On

    saya lihat benda ni, rasa menarik juga.
    cume bila saya buka website dia, sy register lar macam biasa. Tapi yang tak kena di hati saya ialah semasa nk masukkan code(captcha)… sy dah masukkan codenya(berulang kali), tak silap saya codenya “pnwwc”. Tapi dia kata invalid code. Jadi saya harap, sesiapa yang bertimbang rasa tu, tolonglah bantu saya ini yer!!! Sekian, terima kasih.

    [Reply]

  5. kita On

    u try close website tu and buka balik.

    [Reply]

  6. menteil On

    oo…
    senang la bagi sape2 yang kapasiti hd dia kureng..
    menareks..

    [Reply]

  7. Uncle G On

    rasanya memang menarik. tapi sokong GnomeFan cakap.. kita hanya memiliki vritual hardisk je..

    Uncle Gs last blog post..Musim Kawin

    [Reply]

  8. bantingboy On

    oh. begitu rupanya..tapi memang dah ada pc online sendiri.

    bantingboys last blog post..Shopping and Debt Consolidation Tips

    [Reply]

Leave a Reply