Kumpul Virus Jadi Jutawan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menarik bukan dengan title hari ini iaitu kumpul virus jadi jutawan.Betul orang kata , kalau kita buat perkara yang betul-betul kita minat tidak mustahil kita akan berjaya.Sebagai contoh merujuk kepada title di atas adalah Eugene Kaspersky boleh berjaya hasil hobi beliau mengumpul virus komputer.Saya tidak akan mengulas panjang mengenai beliau.Anda boleh baca semdiri di lamanweb :
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
MENCEBURKAN diri dalam perniagaan berlaku secara tidak sengaja apabila Eugene Kaspersky, 42, hanya bermula dengan mengumpul virus sebagai hobi pada 1989.
Beliau melakukannya selepas komputer peribadinya di Kementerian Pertahanan Rusia diserang virus Cascade.
Pada 1991, beliau mula menulis mengenai program untuk mengesan dan menyahjangkitan virus berkenaan.
Setelah program beliau berjaya, Kaspersky mengasaskan Kaspersky Lab pada 1997 yang menekankan mengenai virus komputer.
Dilahirkan pada 4 Oktober 1965 di Novorossiysk, Rusia, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Kriptologi, Telekomunikasi dan Sains Komputer yang dibiayai bersama oleh Kementerian Pertahanan Rusia dan KGB.
Kaspersky Lab dibangunkan pada 1997 dengan kerjasama Natalya (ketika itu isterinya) selepas bertelagah dengan rakan kongsi Amerika Syarikat (AS) yang tidak membolehkan mereka menggunakan nama produk yang ada - AVP.
Pada November 2000, beliau menamakan produknya sempena namanya sendiri - Kaspersky Anti-Virus.
Syarikat yang dibina atas dasar perkahwinan itu kini mempunyai kira-kira 800 kakitangan dan produknya digunakan oleh lebih 250 juta pengguna seluruh dunia.
Masih hak milik penuh persendirian, Kaspersky Lab tidak perlu melaporkan hasil kewangan, sama ada mengalami kerugian atau keuntungan.
Bagaimanapun, pulangan balik pada 2007 adalah US$200 juta (RM640 juta) dan jika ia berterusan ia bakal menjangkau angka RM1 bilion dalam masa kurang lima tahun dan bakal menjadi pembekal perisian keselamatan kedua terbesar dunia.Selanjutnya
Maklumat lain yang boleh baca mengenai beliau di lamanweb Wikipedia dan Kaspersky sendiri.
Popularity: 20% [?]


















huhu..kumpul virus gak ar lepas nie..haha
Reply
xxxxx……….pasni org start guna linux plak….
rugi la syarikat ntivirus pasni…hahahha
Reply
setiap perkara kalau dilakukan dengan sungguh-sungguh pasti ada hasilnya kemudian hari kan!?
erk… aku nak kumpul virus? kena attack dah gelabah eheh
Reply
salam sejahtera,
apa khabar pelawat sekalian?semoga dalam keadaan sihat sentiasa.
Baru-baru ini, komputer penulis sendiri pernah diserang virus menyebabkan penulis terpaksa membaikpulihnya dengan kada seberapa segera memandangkan beberapa tugasa yang diamanahkan kepada penulis. Kali ini, tergerak hari saya untuk menulis artikel berkaitan virus
Mendengar perkataan virus, pasti ramai yang mendakwa komputer mereka pernah merasa penangan program jahat ini. Manakan tidak, virus begitu cepat dan senang tersebar dengan bantuan internet dan beberapa media lain. Apa yang mereka tahu, virus tentunya akan mendatangkan kemusnahan kepada komputer pengguna.
Pengguna komputer pastinya akan mencari jalan terbaik dengan mendapatkan beberapa bantuan antivirus terbaik dalam menangani kes ini. Tidak hairanlah terdapat beberapa pengguna yang cuba memasang 1-2 antivirus pada satu-satu komputer dengan harapan proses infeksi virus akan lebih sukar ditembusi. Namun, adakah mereka sedar tentang implikasinya? sebenarnya, terdapat beberapa pendapat yang tidak menggalakkan pengguna menggunakan cara ini.
melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh penulis dan menggunakan beberapa bantuan sumber rujukan lain, masalah ini sebenarnya boleh diatasi menggunakan beberapa teknik yang cukup menarik dan berkesan. Namun, teknik ini telah dirahsiakan di kalangan pakar-pakar komputer dan juruteknik handal komputer.
Adakah anda tahu mengapa antivirus perlu sentiasa dikemaskini setiap masa? Pasti anda tertanya-tanya bukan? Pasti anda mahukan antivirus yang tidak perlu dikemaskini memandangkan sesetengah pengguna komputer tidak memiliki sambungan internet di rumah mereka.
Tahukah anda bahawa caj perkhidmatan yang biasa dikenakan kepada anda apabila anda cuba mendapatkan bantuan juruteknik komputer mencecah RM15-RM30 lebih? Tentunya harga ini cukup mahal sekiranya komputer anda kerap dijangkiti virus.
Sekiranya anda serius untuk mendapatkan rahsia pakar komputer dan juruteknik handalan, anda patut melayari web berikut:
http://gempurvirus.com
Reply