Buah Mulut Panas Orang Malaysia
Siapa pernah makan buah mulut ? Saya sendiri tidak pernah makan dan tidak pernah lihat.Artikel kali ini hanya sekadar berkongsi isu semasa disana sini.Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada sahaja isu-isu panas dan sejuk yang melanda negara kita.Kalau tidak ada isu panas dan sejuk alamak sunyilah negara Malaysia.
Kata-kata salah seorang kawan saya…Kalau tidak ada isu-isu panas nak minum warung mamak pun tak seronok
Saya tidak akan bercerita dengan lebih detil sekadar menyemarakkan lagi isu yang sedia ada panas supaya lebih sejuk dan isu yang sejuk menjadi lebih panas.Setelah diambil kira saya mengambil 3 isu-isu panas dan sejuk sejak kebelakangan ini.
Isu Pertama : Keputusan Pilihan Raya Malaysia Ke 12.
Semua orang sudah sedia maklum tentang keputusan pilihan raya yang mengembarkan dunia politik tanah air.Tidak pernah dalam sejarah Malaysia keputusan seperti itu.Itulah dinamakan adab bertanding yang mesti ada kalah dan menang.Yang menang akan gembira dan yang kalah akan sedih.Pihak yang menang harus bersyukur dan pikul tanggungjawab dengan penuh amanah.Manakala yang kalah pula wajib muhasabah diri dan memperbaiki setiap kelemahan.Itulah cara yang terbaik bagi saya.Selepas keputusan diumumkan , kecoh pulak dengan isu perlantikan Menteri Besar.Bagi saya sendiri , apa nak dikecohkan buat lah keputusan yang terbaik bagi menjaga kepentingan rakyat samada kaum Melayu , Cina , India dan sebagainya.Janganlah asyik bertelagah seperti kanak-kanak yang masih belum mengenal erti baik dan buruk.Salah satu punca keruntuhan sesebuah negara adalah kerana perpecahan rakyatnya sendiri.Marilah kita sama menjaga negara kita yang diamanahkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan.Maklumat lanjut boleh anda ikuti di laman web SPR dan ruangan khas Berita Harian
Isu Kedua : Nabil Raja Lawak Astro Musim Ke 2
Saya peminat setia rancangan Raja Lawak Astro.Dari musim pertama hingga musim kedua tidak pernah saya terlepas untuk menonton raja lawak astro.Saya begitu kagum dengan keupayaan perserta raja lawak.Bukan senang untuk membuatkan orang gembira.Hanya orang yang mempunyai bakal yang dipinjam oleh Dia sahaja yang mampu melakukan.Maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi raja lawak astro
Isu Ketiga : Deman Akademik Fantasia Musim Ke 6
Siapa tidak pernah dengar akademik fantasia satu program realiti mencari penyanyi yang diterbitkan oleh Astro.Dari musim pertama hingga tiba musim ke enam memang tidak pernah dilupa dibibir mereka yang meminati dunia hiburan.Dari budak tadika hingga ke nenek.Betul-betul power akademik fantasia hingga salah seorang calon musim ke enam ini bergelar nenek.Maklumat lanjut boleh anda layari laman web rasmi Akademik Fantasia
Nota : Jangan lupa langgan newsletter kerana saya mempunyai satu movie istimewa untuk anda semua.
Popularity: 6% [?]













March 19th, 2008 at 12:26 am
[...] artikel buah mulut panas orang Malaysia saya ada menjanjikan video istimewa kepada semua ahli-ahli kongsiblog dan yang melanggan [...]
March 20th, 2008 at 11:25 pm
Aku suka Nabil jadi raja lawak kali ni.Lawak dia memang giler sket banding yg lain-lain..
titan’s last blog post..Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?
[Reply]