Hayati Rukun Negara Malaysia
Artikel kali ini tidak berkaitan dengan dunia komputer dan internet hanya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia.Walaupun isu ini sudah lenyap diarus media masa namun tetap bermain di minda rakyat Malaysia.Isu yang saya ingin ketengahkan mengenai perhimpunan haram.Apa yang dimaksudkan dengan perhimpuanan haram adalah perhimpunan secara beramai-ramai yang tidak mendapat kelulusan dari pihak kerajaan.Mengapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku disebabkan ketidakpuasan hati sesebuah organisasi atau individu terhadap sesuatu isu mengikut pandangan saya.Walau apa pun alasannya perhimpunan sebegini tidak harus belaku di negaraku Malaysia.Negaraku Malaysia tersohor dengan rakyatnya yang kaya budi bahasa.Tidak ada satu jalan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu isu melainkan dengan perbincangan.Sebagai contoh dalam sebuah keluarga yang terdiri dari Ayah,Ibu dan Anak.Kalau anaknya yang memberontak pasti Ayah dan Ibu juga akan menerima akibatnya.Begitulah juga dengan negaraku Malaysia kalau rakyat dan pemimpin memberontak pasti negaraku Malaysia akan juga menerima akibatnya.
Kita seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.Lihatlah negara lain betapa sengsaranya mereka di negara sendiri terpaksa hidup dalam kelaparan , ketakutan , kesengsaraan dan kehinaan.Mengapa perkara sebegini berlaku disebabkan perpaduan , kesetian , hormat menghormati dan sayang menyayangi sudah hilang dalam diri mereka.Bagaimana mereka harus mengembalikan suasana aman hanya dengan perbincangan.
Artikel ini hanya pandangan saya sahaja yang mana tidak ada kaitan dengan sesiapa atau organisasi.Marilah kita sama-sama menghayati rukun negara yang diajar sejak sekolah rendah lagi.
Senarai Perdana Menteri Malaysia
- Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj -Sejak 1957 -1970 dan digelar sebagai Bapa Kemerdekaan
- Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein -Sejak 1970 -1976 dan digelar Bapa Pembangunan
- Tun Hussein bin Dato’ Onn -Sejak 1976 -1981 dan digelar Bapa Perpaduan.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad -Sejak 1981-2003 dan digelar Bapa Pemodenan.
- Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi – Sejak 2003-kini dan digelar Bapa Pembangunan Insan
Rukun Negara
Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.
MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
Matlamat Rukun Negara
- mengukuhkan perpaduan.
- memelihara corak hidup demokratik.
- mencipta sebuah masyarakat yang adil.
- menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
- membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
- rakyat yang beragama mudah diurus.
- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.
- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
- penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
Keluhuran Perlembagaan
- perlembagaan merupakan undang-undang utama
- perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
- rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya
Kedaulatan Undang-Undang
- rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
- rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
- rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
Kesopanan Dan Kesusilaan
- rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.
- ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
- amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
Kredit Rukun Negara : Kementerian Penerangan Malaysia
Popularity: 18% [?]














Negaraku? negaraku dulu dan negaraku sekarang da lain. smakin hari smakin malap dengan rasuah, politik n islam d jadikan agenda.
[Reply]
off topik: aku bleh jer nak tolong design, tapi tak brape lawa ar…sebab tak brape pakar…
aman’s last blog post..Happy - Prepaid Terbaru Daripada Team DiGi
[Reply]