Sebagai Seorang Bloggers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Artikel ini khas untuk mereka yang berjawatan sebagai blogger sepenuh masa dan separuh masa.Kalau anda bukan seorang blogger anda tidak akan dipersalahkan untuk membaca artikel seterusnya.

Abang saya tidak faham apa itu blogger?Blogger adalah seorang penulis blog.

Saya begitu tertarik dengan berita yang disiarkan dalam Berita Harian mengenai Segmen khas untuk penulis blog.Ruangan ini akan diwujudkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia.Rancangan ini akan disiarkan oleh RMT1 pada setiap hari Ahad pada Warta Perdana selama 20 minit.

Apa yang saya faham dengan isu ini adalah kerajaan sudah mula nampak akan kuasa blog dalam mempengaruhi masyarakt.Mengikut statistik yang saya baca dalam Utusan Malaysia terdapat lebih kurang 500,000 blog yang ada di Malaysia.Sejauh manakah blog boleh mempengaruhi pemikiran masyarakat Malaysia.Pada pandangan saya blog memang berkuasa seperti kuasa sihir yang boleh mengubah pemikiran seseorang.Jika kita perhatikan mengapa maklumat dalam bentuk video kurang memberi impak kepada masyarakat?Bila saya renungi memang sifat manusia , bila seseorang membaca , secara tidak langgsung membawa jiwa raga menyelami maksud disebalik artikel yang dibaca.Berbanding dengan maklumat dalam video , kita hanya akan melihat sekadar untuk tayangan mata sahaja tanpa membawa jiwa raga seratus peratus.Itulah kuasa blog yang memang tidak dapat dinafikan pada pandangan saya.

Pada masa sekarang terdapat ramai blogger di Malaysia yang mempunyai agenda tersendiri samada baik dan buruk sehingga ada yang mencadangkan blogger perlu mendaftarkan diri jika ingin bergiat dalam dunia blog.Janganlah kita memaksa pihak tertentu berbuat sedemikian .Bermacam-macam topik atau tujuan blog diwujudkan.Ada yang berbentuk hiburan , peribadi , perniagaan , berkongsi ilmu , hal-hal politik , kemasyarakatan dan bermacam-macam lagi.Apa pun topik yang anda ingin kongsikan saya berharap supaya apa yang anda buat atau bakal buat tidak memburukkan keadaan negara kita.Hidup blogger demi Malaysia.

Popularity: 4% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

9 Responses to “Sebagai Seorang Bloggers”

  1. starwalker Says:

    yeah.. aku org pertama yg comment. blogger will rule the world. saya sgt membantah jikalah kebebasan internet di diganggu oleh kerajaan

    starwalker’s last blog post..World Wild Life campaign here in mmu

    [Reply]

  2. dekan Says:

    Selamat Memblog. :) (betulkah ayat ini?) hehe. Dengan blog, actually, kita mem’broadcast’kan pandangan kepada seluruh dunia. Canggih sudah teknologi sekarang.

    dekan’s last blog post..Pembulian siber dan tip-tip mengatasinya

    [Reply]

  3. bizmalaya Says:

    i berblog kerana inginkan pendapatan sampingan sahaja…tidak lebih dari itu :)
    to dekan kira memblog tu btul ler..bahasa rojak

    bizmalaya’s last blog post..Hari Ini Punya Cerita

    [Reply]

  4. kita Says:

    kira betul ler dekan untuk bahasa rojak

    [Reply]

  5. megat Says:

    A’ah aku pun ada terbaca. Yer lah topik camtu yang sentiasa dapat tempat dalam hati aku.

    Baru derang tahu siapa penulis blog dan keupayaan mereka eheh.

    megat’s last blog post..Tip Promosi Blog : Tandatangan

    [Reply]

  6. mr.eims Says:

    Blog adalah suara org ramai..& info yang paling cepat tersebar.

    Tapi masalahnye bloggers yg sesukeati dia je cakap mcm2 yg melanggar peraturan2 yang boley menyebabkan huru hara tu la yang takleh sepatutnye..scammers dan org2 yg menipu menggunakan blog..adeh…

    korang ada cara untuk halang derg nie???

    mr.eims’s last blog post..[Don’t have to get it perfect, just get it going]

    [Reply]

  7. zuhairy Says:

    saya berblog disamping nak buat duit sikit2, sambil tu nak kongsi pandangan tentang sesuatu isu sikit2. mana yang tahu jelah….

    [Reply]

  8. olie Says:

    “Blogger” yang dimaksudkan oleh Berita Harian tersebut adalah “Political Blogger” yang kandungan blognya berkaitan dengan senario politik di Malaysia. Saya fikir pihak media dan kementerian tidak berapa perasan akan kewujudan blog yang membicarakan selain dari politik seperti blok KongsiBlog ini. By the way, I think they are improving…

    olie’s last blog post..100+ ebook PERCUMA untuk download

    [Reply]

  9. Sham Says:

    Bagi aku.. gov ni masih blom kebah lagi dari tekejut akibat penangan PRU yang lalu.. depa pun main internet jugak.. Abis banner yahoo depa beli.. Tapi depa lupa.. penulisan blog nie lebih tulus dan ia ditulis dari hati..kedengaran lebih jujur dan peribadi.. Bagi aku biar la gov bermain2 dengan media2 lama depa.. Buat semua penulis blog.. cuma bertanggung jawab atas penulisan anda.. Jika ada niat yang tak betul.. anda mungkin terlepas di dunia.. tapi Allah sentiasa memerhatikan tindak tanduk kita.. Renungkan lah sahabat ku sekalian..

    Sham’s last blog post..Gubahan Hantaran Bersangkar

    [Reply]

Leave a Reply