Asas Install dan Unistall Software
Install atau setup bermaksud memasukkan program ke dalam sistem komputer manakala unistall atau remove bermaksud membuang program dari sistem komputer.Di sini saya akan menerangkan secara am ( default) langkah yang perlu dilalui semasa melakukan proses install dan unistall pada Windows.
Tips Asas Install Software
Kebiasaanya sebelum program berjaya di install , seharus melalui beberapa langkah.Langkah yang pertama adalah klik pada icon setup.exe atau install.exe untuk memulakan proses install.Selepas itu akan keluar satu screen perjanjian ( License Agreement ) , sila pastikan tip pada Accept untuk meneruskan.Seterusnya akan keluar lokasi program tersebut ingin diletakkan , biarkan secara default dan klik ok.Proses install program ke komputer akan berjalan seketika.Screen terakhir sekali akan keluar menyatakan proses install telah berjaya , klik finish.
Tips Asas Unistall Software
Terdapat 2 cara untuk membuang software.Cara pertama melalui Control Panel.Klik pada Start , Settings , Control Panel.Akan keluar satu screen control panel dan double klik pada Add or Remove Programs.Pilih program yang ingin di remove dan klik remove.Cara kedua melalui program tersebut.Tidak semua program dapat dilakukan melalui kaedah ini.Pada program tersebut akan ada satu perkataan unistall.Klik pada perkataan tersebut dan proses unistall akan berjalan.
Popularity: 7% [?]











