Create , Delete dan Format Partition Dalam Windows

Create , delete dan format partition storage Guna Disk Management Pada Windows XP

Terdapat banyak cara untuk kita create , delete dan format storage.Kalau dalam Linux kebiasaanya software Gparted digunakan manakala dalam Windows XP kita boleh menggunakan utility Disk Management atau pun software Partition Magic.Create partition guna boleh dilakukan semasa proses install Windows.Dalam artikel ini saya tidak akan menerangkan manual create , delete partition dan format menggunakan Gparted , Partition Magic atau semasa install Windows sebaliknya saya akan menerangkan cara menggunakan utility Disk Management pada Windows XP.Melalui utitliy ini kita dapat create , delete partition dan format storage tidak kira samada hard disk , pendrive dan portable hardisk.Sebagai contoh anda mempunyai pendrive dengan kapasiti 2G.Pendrive tersebut boleh dijadikan 2 partition dengan kapasiti mengikut kehendak anda.

Langkah-langkah untuk mengunakan Disk Management Administrative Tool.

  1. Click menu Start dan pilih Control Panel .
  2. Jika anda mengguna Classic control panel mode, double-click pada Administrative Tools dan double-click pada Computer Management .Jika anda mengguna control panel jenis Category view, click pada Performance and Maintenance, Administrative Tools dan akhir sekali click pada Computer Management.
  3. Satu screen Computer Management akan di tayangkan, click pada Disk Management dan click kategori Storage.
  4. computer management

Untuk create partition sila ikuti langkah-langkah dibawah :

  1. Right click pada partition/storage.
  2. Pilih New Logical Drive.
  3. Satu screen New Partition Wizard akan ditayangkan dan click Next.
  4. Satu screen Select Partition Type akan ditawangkan.Pilih samada Primary partition , Extended partition atau Logical drive dan click Next.
  5. Screen seterusnya , masukkan saiz partition yang ingin di create.Click Next
  6. Akhir sekali satu screen Format partition akan ditayang.Pilih jenis file system samada NTFS atau FAT32.Jika ingin partition tersebut boleh digunakan pada DOS , Windows 95,Windows 98 dan Windows Me pilih file system jenis FAT32.Masukkan Volume label ( nama partition tersebut ) dan click Next.Satu screen Completing the The New Partition Wizard akan keluar dan click Finish.

Delete partition dalam Windows

Awas jika anda melakukan proses delete , segala data anda akan hilang.Pastikan anda backup data terlebih dahulu sebelum melakukan proses delete partition.
Langkah-langkah delete partition:

  1. Click menu Start dan pilih Control Panel .
  2. Jika anda mengguna Classic control panel mode, double-click pada Administrative Tools dan double-click pada Computer Management .
  3. Jika anda mengguna control panel jenis Category view, click pada Performance and Maintenance, Administrative Tools dan akhir sekali click pada Computer Management.
  4. Satu screen Computer Management akan di tayangkan, click pada Disk Management dan click kategori Storage.
  5. Right-click pada partition yang ingin di delete dan click pada Delete Partition.
  6. Satu screen pengesahan akan ditayangkan dan pilih Yes.

Popularity: 12% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

One Response to “Create , Delete dan Format Partition Dalam Windows”

  1. dekan On

    Menarik. Lupa selain partition magic ada function partition dalam windows gak. :)
    dekan’s last blog post..Ubuntu dalam Bahasa Melayu

    [Reply]

Leave a Reply