Kenali Linux
Sejarah Linux
Kernel Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti Finland Linus Torvalds yang belajar di Universiti Helsinki, sebagai menyerupai kernel Minix yang bebas dan boleh sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX direka untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke Internet pada September 1991, Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991. [1]
Berikutnya, beribu penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek ini. Lihat juga The Cathedral and the Bazaar, rencana terkenal mengenai model pembangunan kernel Linux dan aturcara seumpamanya.
Sejarah sistem pengoperasian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek GNU, projek perisian bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU bermula pada 1983 untuk membangunkan sistem pengoperasian seperti Unix lengkap — pengkompil, aturcara aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya — dikarang sepenuhnya dengan Perisian Bebas. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan Sistem Pengoperasian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.Walaupun kernel Linux dilesenkan di bawah GNU General Public License, ia bukannya sebahagian daripada projek GNU.
Tux, seekor Penguin, merupakan logo dan maskot bagi Linux. Linux adalah tandaniaga (SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds. Ia didaftar sebagai “Perisian sistem pengoperasian komputer bagi penggunaan komputer dan operasi”. Tandaniaga ini diletak setelah berlaku suatu kejadian di mana seorang peguam bernama William R Della Croce Jr mula menghantar surat kepada para pengedar Linux yang mendakwa tandaniaga Linux adalah kepunyaannya serta meminta royalti sebanyak 10% daripada mereka. Para pengedar Linux mula mengumpul sumber serta membuat rayuan agar tandaniaga yang asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlesenan tandaniaga Linux sekarang dikendali oleh Linux Mark Institute.(Sumber rujukan Wikipedia)
Linux juga memiliki jenis dan versi yang berbeza-beza mengikut keluaran masing-masing.Terdapat banyak version Linux ini kerana ia adalah Open Source yang mana dapat dibangunkan oleh sesiapa pun.
Diantaranya adalah sebagai berikut :
Diatas adalah sebahagian versi Linux yang selalu digunakan.Terdapat banyak lagi versi Linux yang tidak disenaraikan.Anda boleh mencarinya sendiri dalam enjin carian.Walau pun terdapat banyak versi tapi asas sistem operasinya tetap sama.Anda tidak perlu bimbang untuk menggunakanya.
Popularity: 6% [?]

















