Mengosongkan “Recycle Bin”

Selalu nya sekira nya kita hendak mengosongkan atau membuang fail-fail sampah di dalam “recycle bin”, kita perlu meletak kusor tetikus pada ikon “recycle bin” lalu mengklik pada butang tetikus sebelah kanan untuk memaparkan menu pilihan bagi mengosongkan “recycle bin” tersebut.

Sebenarnya ada satu cara mudah untuk mengosongkan “recycle bin” ini, dengan melakukan sedikit perubahan pada kandungan “registry”. Anda hanya perlu membuka perisian notepad iaitu salah satu perisian standard di dalam windows dan menyalin kod skrip dibawah :

[HKEY_CLASSES_ROOT\*\shellex\ContextMenuHandlers\{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}]
@=”Empty Recycle Bin”
[HKEY_CLASSES_ROOT\*\shellex\ContextMenuHandlers\Empty Recycle Bin]
@=”{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}”
[HKEY_CLASSES_ROOT\Directory\Background\shellex\ContextMenuHandlers\Empty Recycle Bin]
@=”{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}”
[HKEY_CLASSES_ROOT\Directory\shellex\ContextMenuHandlers\Empty Recycle Bin]
@=”{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}”
[HKEY_CLASSES_ROOT\Folder\shellex\ContextMenuHandlers\Empty Recycle Bin]
@=”{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}”

Jalan yang paling mudah ialah anda hanya perlu “copy & paste” sahaja skrip tersebut ke dalam notepad dan simpan file itu dengan nama emptyrecyclebin (atau lain-lain nama) dengan “extention” *.reg atau lebih mudah begini “emptyrecyclebin.reg”. Anda boleh menyimpan file ini di mana sahaja anda mahu.

mess.JPG

Selepas itu, pasti anda akan dapati fail “emptyrecyclebin.reg” berbentuk begini :

command4.JPG

kemudian anda klik dua kali pada ikon tersebut dan anda akan terima mesej ini :

command-1.JPG

Klik “Yes”, dan anda akan menerima mesej ini:

comaand2.JPG

Selepas anda klik “OK”, cuba klik butang kanan tetikus dan pasti ia akan berbentuk begini :

comman3.JPG

Kini anda boleh mengosongkan “recycle bin” anda, hanya dengan klik kanan pada tetikus anda . Selamat mencuba.

 

 

 

 

Popularity: 4% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

One Response to “Mengosongkan “Recycle Bin””

  1. Money Reviews On

    Hey! Nice template your using for your blog.

    What plugin is that btw??

    [Reply]

Leave a Reply