Setting Screen Resolution Pada Windows

Screen resolution amat penting kerana ia memberi impak kepada kita semasa melihat screen monitor.Saya tidak akan menggunakan bahasa teknikal untuk memberi penerangan lebih detil mengenai screen resolution.Apa yang saya ingin huraikan supaya anda lebih faham mengenai fungsi screen resolution.Sebagai contoh tentu anda pernah mengalami masalah ini.Semasa melayari dan membuka laman web anda tidak dapat view keseluruhan website tersebut sebaliknya terpaksa menggunakan mouse ke kiri dan kanan untuk melihat keseluruhan lamanweb tersebut.Perkara ini berlaku kerana laman web tersebut sesuai menggunakan resolution 1024 X 768.Sedangkan komputer anda menggunakan screen resolution 800 X 600.Untuk mengatasi masalah ini anda seharusnya setting screen resolution sama dengan setting screen resolution lamanweb tersebut.

Langkah-Langkah Setting Screen Resolution Pada Windows

  1. Klik Start - Setting - Control Panel - Appearance and Themes - Display = Category view.
  2. Klik Start - Setting - Control Panel - Display = Classic view.
  3. Atau cara paling senang klik kanan mouse pada desktop dan klik properties.
  4. Dalam Display properties klik pada menu Settings.
  5. Sekarang anda boleh mengubah screen resolution mengikut citarasa.Kebiasaanya dengan resolution 800 by 600 pixels dan 1024 by 768 pixels.
  6. Akhir sekali klik pada Apply dan OK.

Contoh Screenshot Disply Properties
display properties

Popularity: 7% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

Leave a Reply