Sudahkah Anda Update Windows ?

logo windows vistaAnda sentiasa update windows ? Jika belum update pastikan anda update windows bagi mengelak sebarang masalah lebih-lebih lagi serangan virus.Sebelum ini saya ada menulis tip-tip menghalang virus dan salah satu tipnya adalah topik yang saya akan huraikan pada hari ini.Sebelum saya terangkan cara-cara untuk update windows saya akan ceritakan serba sedikit tentang update windows.

Update perlu dilakukan bagi megemaskini kelemahan file-file windows yang ditemui hampir setiap minggu.Dengan adanya fungsi update windows kita dapat memperbaiki kelemahan file-file tersebut. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat pengemaskinian pada sistem operasi Windows. Microsoft telah membahagikan jenis kemaskini kepada 3 kategori iaitu Hotfix, Roll-up dan Service Pack.

Hotfix ialah program penampal bagi membaikpulih masalah secara spesifik. Contohnya, apabila sesuatu kelemahan dikenalpasti di dalam Windows XP ataupun aplikasi Microsoft (seperti Internet Explorer), Microsoft akan membangunkan satu hotfix untuk mengatasi masalah tersebut.

Kadang-kala Microsoft akan menggabungkan lebih dari satu hotfix menjadi satu pakej besar yang dipanggil sebagai roll-up. Ini biasanya dilakukan apabila terdapat banyak isu-isu keselamatan yang dikenalpasti dalam jangka masa waktu yang singkat.

Service Pack ialah program kemaskini Windows yang mengandungi penyelesaian kepada masalah dan penambahan fungsi-fungsi baru yang melibatkan perubahan drastik kepada sistem. Ini termasuklah membaikpulih kerosakan serta menampal kelemahan-kelemahan sekuriti.Service Pack juga menggabungkan kesemua hotfix-hotfix terdahulu di mana apabila Service Pack dipasangkan ke dalam sistem, anda tidak perlu lagi memasang hotfix kerana Service Pack telah pun mengandungi hotfix di dalamnya.

Semak Status Service Pack.
Klik kanan button mouse pada My Computer dan klik Properties.Under General akan ditayangkan komputer anda menggunakan service pack berapa.
semak service pack

Manual Setting Automatik Update Windows XP.

  • Windows XP = Start Menu – Setting – Control Panel – Performance and Maintenanc – System – Automatic Updates.
  • Tip pada automatic dan pilih hari dan masa automatic update seperti gambarajah dibawah.automatic update windows xp

Windows 2000 = ?
Windows Vista = ?

Sekiranya anda ingin update secara manual boleh layari laman web Microsoft untuk download service pack terkini.

Nota :

  • Service pack terkini bagi windows xp adalah service pack 3.
  • Service pack terkini bagi windows vista adalah Service pack 1.

Popularity: 11% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

8 Responses to “Sudahkah Anda Update Windows ?”

  1. stupidfox_91 Says:

    update lah windows anda selalu untuk memastikan lubang2 pada windows anda ditutup untuk keselamatan maksimum..

    stupidfox_91’s last blog post..Hantar kat ucapan percuma!!

    [Reply]

  2. KY Says:

    SP2 dah latest ni

    KY’s last blog post..KY eats - Lisa Spaghetti at Subang Jaya SS15

    [Reply]

  3. Mohd Ismail Says:

    x pernah update sbb malas.. ha ha =p

    Mohd Ismail’s last blog post..Senibina terbaru Putrajaya yang unik

    [Reply]

  4. zamri3324 Says:

    kena bayar tak

    [Reply]

  5. kita Says:

    free kalau guna windows yang ada license..kalau tak ada caranya :)

    [Reply]

  6. aneep Says:

    cam ne nak update service pack 2 home edition xp

    [Reply]

  7. dgunners Says:

    nk tanya ckit.. kalu kita gune vista starter dan upgrade ke home… mcm mana ek???

    [Reply]

  8. kita Says:

    i tak pernah cuba…tapi i rasa u masukkkan c home dan klik setup, secara automatik ia akan upgrade ke version home

    [Reply]

Leave a Reply