Dilema Blog IT Dalam Bahasa Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya tertarik untuk menulis mengenai delima it di Malaysia.Ilham ini timbul  bila saya membaca artikel yang ditulis oleh saudara Zul salah seorang pengiat Linux Ubuntu.Beliau menulis mengenai  dilema-penulis-blog-dalam-bahasa-melayu. Jika kita mahu menguasai ilmu , kita harus menguasai bangsa asing terlebih dahulu.Bagi mereka yang berupaya mengusai bangsa asing , rajin-rajinlah terjemahkan kepada bahasa Malaysia.Alangkah ruginya orang kita bila tidak menguasai ilmu.”Belajar itu adalah satu ibadah”.

Saya adalah salah seorang pengila komputer dan internet.Setiap hari boleh dikatakan 4 hingga 5 jam saya melayari internet.Apa yang saya buat sehingga 4 hingga 5 jam sehari dengan internet.Saya suka mencari ilmu-ilmu berkaitan komputer dan internet.Namun begitu perasaan kecewa menyelubungi perasaan saya kerana kebanyakkan website atau blog yang keluar dalam bahasa melayu indonesia.Tahniah buat orang Indonesia.Mengapa perkara seperti ini berlaku.

Adakah bangsa kita kekurangan ilmu komputer dan internet untuk dikongsi bersama?Adakah orang kita kedekut ilmu untuk dikongsi bersama?Adakah orang kita tidak pandai menulis?Adakah orang kita tidak mempunyai kemudahan melayari internet?Adakah…adakah…adakah…adakah…….adakah……

Adakah kurangya blog mengenai it di Malaysia kerana kekurangan peminat?Saya rasa itu adalah satu penyebab mengapa blog berunsur it kurang di Malaysia.Namun begitu bagi saya itu adalah salah satu cabaran bagi blogger seperti saya.Apa yang saya nampak , orang Malaysia lebih meminati  blog yang berunsur hiburan dan isu semasa seperti fitnah mefitnah , politik , gosip-gosip hiburan , cari duit segera.Wahai anak Malaysia , bangkitlah menguasai ilmu kerana ilmu itu lebih berharga dari belian.

Cukuplak setakat itu sahaja luahan dari seorang blogger yang sedikit kecewa.Marilah kita sama-sama menaikkan nama Malaysia demi bangsa Melayu supaya kata-kata Hang Tuah “Takkan Hilang Melayu Di Dunia” terbukti.Jika anda tidak ada tempat untuk berkongsi ilmu , saya membuka peluang kepada anda untuk menjadi penulis di kongsiblog.Insyallah jika ada rezeki saya akan memberi sedikit saguhati atau mungkin anda akan menerima gaji tetap dari saya.Amin.

Popularity: 17% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • TwitThis
  • NewsVine
  • YahooMyWeb
  • Furl
  • Netvouz

6 Responses to “Dilema Blog IT Dalam Bahasa Malaysia.”

  1. melayubuntu Says:

    huhuhu…stuju2..

    melayubuntus last blog post..Dilema penulis blog dalam bahasa melayu

  2. Orang Melayu Says:

    saya fikir, kekurangan ilmu IT di dalam bahasa Malaysia bukan kerana tidak ada terjemahan, tetapi mungkin kerana sudah ramai yang tahu membaca di dalam bahasa Inggeris…..apapun saya sokong blogger yang berusaha membuat terjemahan untuk berkongsi ilmu.

  3. Kujie Says:

    Pengakuan berani mati dari saya!

    Saya memang lemah BI, maklum makcik surirumah dah berusia 40thn… kenal komputer dan internet dalam 10 tahun ini dan memang mengakui sukar mencari maklumat teknikal dalam BM.

    Terimakasih atas segala info yang berguna

  4. kotaro Says:

    Salam,

    Aku pun pernah terpikir tentang nie. Tapi aku rasa bukan tak banyak blog/website yg dlm bahasa melayu yg berkaitan dgn IT…cumanya barangkali blog mcm nie kurang popular dan kurang dapat sambutan…kene rajin search…ambil contoh kat yahoo, cuba anda sume taip perkataan komputer….anda akan dapat 50 juta results…sampai tua pun tak abis tgk…hehe

    Lagi satu, kan bagus kalu blog bahasa malaysia dan blog bahasa indonesia digabungkan jadi satu bahasa…jd blog bahasa nusantara ker…bukan jauh sgt beza pun..cumanya aku tgk takde usaha kearah itu…

    wallahualam

    kotaros last blog post..Ingin Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana?

  5. yazidyahaya Says:

    bukan pe..orang Malaysia ni pemalas sebenarnya…diorang bukan nak belajar-belajar ni..maaf la..aku pun orang Malaysia jugak..tapi..ape kate kite semua membentuk sesuatu yang baru..tengok jepun..dulu padang terkukur tu..sekarang???komputer diorang pun pakai bahasa diorang..Melayu???ape cerita??mana tulisan jawi???

  6. wanake Says:

    tul tu, ore Melayu suko fitnah jo…

    saye rase usaha2 perlu d’lkukan untk galak rakyat M’sia terutamanya ore Melayu untk aktif menerbitkan artikel2 yg unsur kelimuan dlm bahase Melayu online (x semestinya perkara komputer je)…

    jika kering idea, rajin2 la terjemah artikel omputih kpd Bahase Melayu… Jika pkat2 buat, taip je info ape dlm BM, pasti dpt search dlm google…

Leave a Reply