Fatal Error Bila Active Plugin WordPress

Bagi pengguna wordpress semua sudah sedia maklum iaitu wordpress telah mengeluarkan version terbaru iaitu version Wordpress 2.5. Maklumat lanjut boleh layari lamanweb wordpress kerana saya tidak akan mengulas dengan lebih lanjut tentang version terbaru ini.Apa yang saya dapat simpulkan disini , memang boleh dikatakan banyak perubahan yang telah dilakukan dari segi interface dan funsinya yang semakin bertambah. I Love WordPress.

Beberapa hari yang lepas semasa saya telah upgrade wordpress kepada version terkini. Apa yang saya ingin kongsi disini adalah, saya mengalami satu masalah iaitu bila saya active satu plugin akan keluar mesej fatal eror balalalalalalal. Plugin yang saya maksudkan adalah “popularity-contest”. Fungsi plugin ini adalah untuk melihat stastik artikel yang paling mendapat perhatian sebagai contoh yang dapat dilihat pada sebelah kanan iaitu Most Popular Posts.

Masalah ini berlaku bukan disebabkan wordpress tetapi disebabkan kod script plugin tersebut. Apa yang perlu dilakukan hanya mengubah sedikit kod plugin tersebut.Saya belum pandai pasang plugin ler? Jangan bimbang boleh baca artikel yang telah saya tulis sebelum ini dengan klik pada url ini.

Kita teruskan cara untuk mengubahnya secara detail. Download plugin popularity-contest.Buka file “popularity-contest.php” ubah kod (’../../wp-blog-header.php’) kepada (’../wp-blog-header.php’). Upload plugin ini dan activekan. Sebarang masalah mengenai worpdress boleh hubungi saya. Saya akan cuba tolong anda untuk menyelesaikannya secara berbayar percuma. Kredit selesainya masalah ini tidak dapat diberi kerana saya lupa url tersebut.

Apa faedahnya ada plugin ini?
Selain plugin ini ada tak plugin lain yang fungsinya sama dengan plugin ini?