Panduan Masukkan Kategori di Blogspot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peminat komputer dan internet seluruh dunia yang memahami Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu.

Panduan ini mungkin agak biasa bagi mereka yang sudah lama bergiat dalam bidang blog.Lebih-lebih lagi mereka yang sudah lama menggunakan Blogspot.Soalan sahabat kita seperti dibawah :

assalamualaikum saudara sabri,
saya terlalu baru dalam membina blog sendiri. boleh tak saudara ajarkan saya bagaimana nak buat senarai atau catogaries kan post sbb saya dah cuba buat tapi tak jadi….terima ksih.

Mengikut soalan diatas , sahabat kita ini ingin membuat Kategori.Sebagai contoh mungkin beliau ingin memasukkan luahan jiwa dalam kategori “Peribadi” dan panduan membuat blog dalam kategori “Panduan Blogspot”.

Baiklah , kita teruskan panduan kita pada hari ini.Untuk lebih senang untuk difahami saya akan terangkan langkah-langkah masukkan Kategori mengikut urutan nombor :

  1. Login ke Dashboard Blogspot anda.
  2. Klik pada Layout.
  3. Add a Gadget.
  4. Cari Labels dan klik pada Labels tersebut.
  5. Akhir sekali klik pada Save (anda boleh tukar teks Labels kepada Kategori sebelum Save).

Untuk masukkan artikel yang anda ke dalam Kategori :

Proses ini dilakukan semasa anda menulis artikel.Jika anda perhatikan gambar dibawah , terdapat perkataan “Labels for this post:” dibawah ruangan menulis artikel.Ruangan “Labels for this post:” adalah ruangan untuk anda masukkan Kategori.Apa yang perlu anda lakukan hanya masukkan nama Kategori yang dikehendaki.Nama Kategori yang anda masukkan , akan di simpan secara automatik selepas anda “publish”.

kategori-blogspot

Popularity: 8% [?]

Tutorial Mungkin Berkaitan

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Panduan Masukkan Kategori di Blogspot”

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: The Best Insurance Guide | Thanks to Free MMORPG, Gamers and Best credit card