Buletin PC Percuma Setiap Bulan

Assalamualaiku dan salam sejahtera kepada kawan-kawan semua.

:)

Mesti anda semua seorang pengguna komputer dan internet ? Kalau tidak mana anda mengetahui blog saya kan  . Saban hari saya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi komputer dan internet.Saban hari saya terpaksa melayari blog-blog/website untuk mengetahui info-info terkini dan tutorial komputer dan internet.

cover buletin pc

Saya juga seorang pelanggan majalah pc keluaran karangkraf.Satu hari saya terfikir mengapa aku tidak bukukan apa yang aku ketahui dalam satu ebook/majalah/buletin dan sebagainya sebagai bahan rujukan untuk masa depan.Memang aku ada catitkan dalam blog tapi kadang-kadang menyusahkan untuk buat rujukan.

Hasil dari idea tersebut , aku dengan rasminya akan mengeluarkan satu buletin komputer dan internet secara percuma setiap bulan.Dalam buletin tersebut akan dimuatkan dengan tutorial/panduan , infor-infor komputer dan internet.Jika anda berminat untuk menjadi keluarga buletinpc sila pm saya melalui ym : sabri_ahmad2000.

p/s : Keluarga buletinpc saya akan umumkan dalam masa waktu terdekat.Kalau kawan-kawan tidak keberatan boleh tolong heboh-hebohkan berita ini demi kejayaan bersama.