Hosting Blog Percuma Menggunakan WordPress

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Disini saya ingin mengumumkan Hari Raya Haji jatuh pada 20 Disember 2007 bersamaan dengan 10 Zulhijah 1428. Jangan terkejut dengan pengumuman itu, apa yang saya ingin umum sebenarnya mengenai satu perkhidmatan percuma yang akan diberi kepada semua pelawat-pelawat dan ahli-ahli kongsiblog.Kongsiblog telah melancarkan satu hosting percuma bagi mereka yang ingin memiliki blog sendiri. Perkhidmatan ini dibangunkan menggunakan Wordpress yang mana wordpress adalah salah satu system open source yang paling terkenal untuk membuat blog. Jika berminat boleh layari kongsiblog.com. Perkhidmatan ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa.Buat masa sekarang terdapat lebih kurang 10 themes dan 10 plugin. Themes dan plugin ini akan sentiasa ditambah.

Nota : Selamat Hari Raya Aildiadha Kepada Semua Muslim.Saya akan offline sehingga hari raya aidiladha ke 3.