Update Buletin PC ( Buletin Komputer & Internet)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah saya mengumumkan pelancaran Buletin PC ramai gak yang memberi maklum balas baik dan buruk.Antara komen yang memberi makna buat saya.

Design cover dan website tidak menarik.Maklumlah cover dan website ini saya buat sendiri. Saya bukan seorang designer yang profesional dan kreatif. Website dan cover ini akan diubah suai dalam masa terdekat.

Mengapa perlu masukkan nama dan email untuk download?. Ini saya lakukan bertujuan untuk memudahkan pengguna supaya tidak ketinggalan mendapatkan buletinpc yang akan terbit tidak lama lagi. Link download akan terus dihantar ke email setiap kali buletin pc diterbitkan. Selepas versi pertama keluar, pengguna tidak perlu lagi untuk mengisi nama dan email.Sistem ini umpama melanggan buletin pc setiap bulan.

Dalam Buletin PC merangkumi 2 kategori penting (akan diupdate dari masa ke semasa) :

Tutorial/Panduan – Menerangkan dengan detil panduan/tutorial mengenai komputer dan internet termasuk software, operating system, internet, hardware, virus, video dan seumpamanya

Info -Menceritakan information komputer dan internet terkini mengenai dunia komputer dan teknologi.

Buletin PC pertama akan keluar pada 1 Disember 2008.Antara krew/penulis yang terlibat dalam menjayakan buletin pc adalah Amanz, Am, Zul, Aiman, Khairul dan Faisal.

p/s: Tarikh akhir hantar tutorial pada 10 November 2008. Bagi mereka yang ingin turut serta menyumbang tutorial boleh menghubungi saya.