Syarat-Syarat

1. Menghantar artikel ke blog kongsiblog.org tidak bermakna anda akan dibayar.Hanya artikel yang berkualiti dan terpilih sahaja akan dibayar.

2. Link affiliate tidak dibenarkan.Sebarang artikel yang dihantar mestilah tidak mengandungi link affiliate,link peribadi penulis dibenarkan.

3. Sebarang artikel yang anda hantar secara automatik memberikan hak secara percuma kepada sesiapa sahaja untuk menggunakan/menyiarkan artikel anda asalkan tidak mengubah sebarang maklumat dan disertakan dengan link . Artikel tersebut boleh digunakan dengan pelbagai cara oleh sesiapa sahaja iaitu untuk diterbitkan di laman web, penerbitan ezine, penerbitan majalah, blog, RSS syndicated feeds dan sebagainya.

4. Sebarang artikel mestilah 100% hasil kerja anda sendiri.Anda tidak boleh menghantar artikel yang ditulis oleh penulis lain kecuali mengolah tulisan tersebut.Khidmat penulis lain (ghost writer) dibenarkan asalkan anda adalah pemegang tunggal hak cipta artikel berkenaan.

5. Adalah menjadi tugas anda untuk memastikan bahawa anda menghantar artikel yang profesional dari segi ejaan dan susunan ayat, sila semak artikel anda sebelum dihantar.

6. Anda dilarang menghantar sebarang artikel yang mengandungi unsur-unsur lucah, judi, arak, provokasi, menjatuhkan maruah orang lain, perkara-perkara yang tidak bermoral, skim cepat kaya, skim yang dilarang oleh kerajaan, melanggar undang-undang negara, melampaui batas-batas agama dan yang seumpamanya.

7. Artikel yang dihantar mestilah dalam Bahasa Melayu.

8. Kami mempunyai hak untuk menolak sebarang artikel tanpa memberikan sebab.

Popularity: 1% [?]