Bagaimana Remove Trojan.BAT.Shutdown ?
Semalam saya salah seorang rakan karib sekerja bertanya :
How to remove Trojan.BAT.Shutdown.f ?
Macam mana nak hilangkan Trojan.BAT.Shutdown.f ?
Komputer beliau menggunakan Windows XP dan antivirus Kaspersky.Kaspersky dapat kesan trojan ini dan akan delete file “pc-off.bat”.Yang menjadi masalah bagi beliau adalah selepas komputer di restart trojan tersebut akan kembali.Sekali lagi antivirus Kaspersky akan delete file “pc-off.bat”.Proses ini akan berlaku selagi ibu trojan ini tidak di buang dari komputer.

Saya sendiri belum mengalami masalah ini.Untuk tidak menghampakan harapan kawan , saya mencari jalan penyelesaiannya di enjin carian.Akhirnya saya menemui jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah trojan ini namun saya tidak pasti samada berjaya atau tidak.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
- Log in komputer anda dalam keadaan Safe Mood.Untuk log in komputer dalam keadaan safe mood restart komputer dan tekan button F8 bagi Windows XP dan Windows 2000.
- Buka hidden files, extentions, windows protected files.Klik pada tools , folder option , view dan untip pada “Show hidden files anda folder” , “hide extentions for known file types” dan “hide protected operating system files”.Guna menu search di blog ini jika kurang pasti cara untuk view file.
- Cari nama file photos.zip.exe dalam C:\Windows.Rename file ini kepada photos.zip selepas itu rename sekali lagi kepada photos.doc.Restart komputer anda.
- Selepas restart komputer , search file photos.doc dan pc-off.bat dan delete file tersebut.
Disamping mencari jalan penyelesaian bagi masalah trojan ini saya menemui beberapa remove virus tools.Tools ini boleh digunakan secara percuma :
http://vil.nai.com/vil/stinger/
http://www.f-secure.com/download-purchase/tools.shtml
http://www.symantec.com/business/security_response/removaltools.jsp
http://www.kaspersky.com/removaltools
Kredit : http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080223235228AAI6zrB
p/s 1 : Jika anda mempunyai maklumat mengenai virus removal tools selain diatas boleh kongsi maklumat tersebut dengan menulisnya di ruangan komen.
p/s 2 : Jika cara ini berkesan sila tinggalkan komen anda.
Popularity: 11% [?]













March 21st, 2008 at 10:59 am
PC saya pernah diserang virus ‘hybris’ yang hanya menyerang file Words (.doc) dalam hard disk anda. Setelah terkena jangkitan, file Words anda akan ditukar ke format .doc.exe (application), anda tidak boleh masuk ke printer folder atau setup page Words anda. Lebih buruk lagi, sebarang antivirus tak dapat ‘melawan’ virus ini dan seakan ‘dimakan’ oleh virus ini. Tiada cara lain selain format kembali PC anda. Hanya satu saja antivirus (yg saya gunakan) yg dapat detect virus ini iaitu BitDefender. Anda boleh download Free Edition antivirus ini di http://www.bitdefender.com
olie’s last blog post..100+ ebook PERCUMA untuk download
[Reply]